KUALA LUMPUR – Malaysia secara rasmi menyatakan hasrat untuk terlibat dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 10 syarikat Malaysia menyatakan hasrat tersebut menerusi 11 surat niat (LoI) yang ditandatangani pada majlis yang berlangsung di Jakarta hari ini.
Menurutnya, sembilan Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan sejumlah RM1.66 bilion juga turut diserahkan pada majlis tersebut.
“Sementara Tenaga Nasional Berhad (TNB) pula berhasrat meneroka peluang untuk terlibat dalam sektor tenaga termasuk tenaga diperbaharui.
“Semoga segala kerjasama ini akan dipermudahkan demi kemakmuran Malaysia-Indonesia, insya-Allah,” kata Anwar dalam kenyataan.
Anwar selamat tiba di Jakarta hari ini dan dijadual memulakan lawatan negara dua hari.
Pesawat khas yang membawa beliau bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada jam 1.57 petang waktu tempatan.
Anwar berdepan dengan jadual padat sempena lawatan sulung ke luar negara itu, sejak dilantik menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas.
Pengisian utama adalah pertemuan dengan Presiden Joko Widodo di Istana Bogor, yang antara lain bakal membincangkan soal kerjasama dua hala termasuk dalam menangani cabaran serantau dan global.
Anwar juga dijadual memberikan syarahan perdana bertajuk Hubungan Strategik Malaysia-Indonesia sempena sesi pertemuan dengan diaspora Malaysia di Jakarta.
Perdana Menteri turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.-MalaysiaGazette
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link