Air mata pelakon dan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae tumpah jua ketika meminta berkat dan melambaikan tangan kepada ahli keluarga serta kenalan rapat sejurus berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah Umrah buat julung kalinya.
Pada usia 27 tahun, akui Shaza sewaktu ditemui di acara pertunjukan fesyen Kashfi Zulkufli baru-baru ini, dia sekian lama menantikan detik menerima panggilan Ilahi ke sana.
Cuma rezeki itu hanya hadir kepada pemilik nama lengkap Shaza Nuriman Mohamad Zamri ini pada usia sekarang atas jemputan sebuah agensi yang menawarkan pakej Umrah buatnya dan pengikut di media sosial. Kata orang, rezeki jangan ditolak dan dilengah-lengahkan.
Setelah menyemak jadualnya lapang dari akhir Januari sehingga ke awal Februari ini, Shaza terus bersetuju menerima tawaran tersebut untuk mengukuhkan lagi hubungan rohaninya bersama Yang Esa.
Buat Puan Nadia Rostam yang merupakan ibu Shaza Bae pula, naluri ibunya sudah tentu gembira melihat salah satu impian anaknya itu tercapai.
“Shaza beritahu dia meletakkan ibadah Umrah sebagai salah satu impian bucket list-nya pada tahun 2023 dan Alhamdulillah, Allah makbulkan seawal bulan Januari lagi.
“Jadi, saya berharap agar ini menjadi titik permulaan untuknya lebih tenang dari segi dalaman,” katanya.
Sang ibu mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya. Satu ketika dahulu dalam satu temubual cover Majalah Remaja edisi Februari 2022, Shaza pernah berkongsikan kepada REMAJA mengenai kegusaran Puan Nadia untuk melepaskannya ke dalam industri seni.
Agak-agaknya, apa pula pandangan Puan Nadia terhadap persepsi tersebut dan apakah perasannya telah berubah setelah melihat anaknya itu kini semakin menyinar selepas lebih tiga tahun meninggalkan pencarian Dewi Remaja 2019?
“Kalau ditanya apa perasaan saya apabila Shaza kini bergelar anak seni dalam industri hiburan, saya gembira sahaja untuknya.
“Dulu ya, saya pernah khuatir untuk melepaskannya mengejar cita-cita ini. Saya kalau boleh inginkan dia memiliki kerjaya yang ‘normal’.
“Industri seni ini saya tahu memang sibuk dan mencabar. Kehidupan Shaza sebelum ini pun memang sudah sedia ada mencabar kerana saya membesarkannya sebagai ibu tunggal.
“Jadi bila dia kata hendak sertai Dewi Remaja dahulu, memang ada rasa takut dalam diri saya sebagai seorang ibu kerana saya tidak pasti jika dia boleh menerima cabaran industri.
“Takut-takut waktu solat dia tak tentu dan dia sendiri tiada masa untuk mengejar saham akhirat; sampaikan saya berpesan kepadanya untuk meminta produksi berikannya kelonggaran untuk menunaikan kewajiban solat. Sebelum bersolek, ambil wuduk dan jaga wuduk itu.”
“Tetapi sekarang saya redha dengan pilihan kerjayanya.”
“Alhamdulillah, saya memang bersyukur sangat melihat dia semakin berkembang sebagai seorang pelakon dan pengacara. Inilah rezeki buatnya.
“Cuma saya selalu berpesan, kena balance lah. Saya memang tidak mahu melihatnya tinggalkan soal akhirat,”ulasnya Puan Nadia.
Mewakili pihak REMAJA, penulis mendoakan agar pemergian dan kepulangan Shaza Bae dari tanah suci dipermudahkan serta diberikan kelancaran. Moga-moga ibadah Shaza dan rakan jemaah lain mendapat barakah daripadaNya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link