Pelaburan

Harga Asal RM3.50, Slot Tempah Periksa Kenderaan Dinaikkan Sehingga RM750 Oleh ‘Runner’ Haram – PUSPAKOM

[ad_1]

Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, mendedahkan kegiatan ‘runner’ yang meraih keuntungan besar dengan menjual slot tempahan pemeriksaan kenderaan kepada pihak ketiga, memetik Buletin TV3

Menurutnya, siasatan awal mendapati ada ‘runner’ yang menjual satu slot tempahan sehingga RM750, walaupun caj asal PUSPAKOM hanya RM3.50.

Puspakom runner

“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan JPJ. Kami sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang media selepas lawatan bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, di PUSPAKOM Shah Alam hari ini.

Sementara itu, Aedy Fadly memaklumkan bahawa pihaknya sedang mendapatkan bantuan SPRM bagi menyiasat kegiatan ini.

Puspakom

Kami cuba mengesan ‘runner’ yang terlibat, tetapi setakat ini semua saluran komunikasi gagal dihubungi. Oleh itu, kami akan menggunakan kaedah lain untuk mengesan mereka.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menegaskan bahawa PUSPAKOM tidak akan membenarkan tempahan slot pemeriksaan berganda bagi nombor pendaftaran yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Menteri perpaduan gesa isu keharmonian diambil berat

6 hours ago

“Insiden Lelaki Ditampar Ketika Makan di Bulan Ramadan Tidak Mencerminkan Perpaduan dan Keharmonian” – Menteri


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *