Pelaburan

Checklist Rumah Lelong: Apa Perlu Semak Sebelum Beli?

Checklist Rumah Lelong: Apa Perlu Semak Sebelum Beli?

rumahkabin black

Artikel ini adalah sambungan dari artikel Senarai Rumah Lelong: Kat Mana Boleh Jumpa? Artikel ini menerangkan tentang checklist atau senarai semak rumah lelong yang wajib anda lakukan sebelum anda pergi ke acara lelongan hartanah. 

LAWAT DAN PERIKSA LOKASI HARTANAH YANG ANDA INGINI

Mengapa perlu lebih dari satu senarai? Bukankah satu dah mencukupi? Bagi menjawab pertanyaan ini, saya perlukan anda memberikan kerjasama dengan lebih banyak lagi.  Catatkan senarai rumah lelong yang telah anda pilih tadi, dan pastikan anda tahu tentang di mana lokasi rumah lelong itu berada.  Keluar, dan carilah di manakah terletaknya rumah lelong tersebut. Ada beberapa faktor yang kita perlu semak setelah kita menemui lokasi rumah lelong tersebut.

Diantara faktor faktornya adalah:

Checklist Rumah Lelong 1: Adakah tuan punya asal kini masih tinggal di rumah lelong tersebut?

Jika pemunya asal masih mendiami rumah tersebut, saya sarankan pada anda untuk mencari senarai yang lain pula dan letakkan senarai ini dalam senarai menunggu anda.  Ini bagi mengelakkan masalah yang berlaku selepas lelongan.  Ada di antara pembeli yang mengalami masalah menghadapi kerenah tuan rumah asal yang tidak mahu untuk berganjak keluar berpindah dari rumah asal mereka.  Jika anda harus melibatkan perintah injuksi mahkamah untuk mendapatkan hak anda dan meminta agar mereka mengosongkan kediaman, anda harus bersedia dengan yuran dan caj tambahan bagi keadaan di luar jangka.

checklist rumah lelong

 

Checklist Rumah Lelong 2: Adakah ia langsung tidak berpenghuni?

Jika ia langsung tidak berpenghuni, cuba anda dapatkan serba sedikit maklumat daripada jiran jiran tetangga.  Ini sekurangnya dapat membantu anda mungkin di dalam menyediakan kos-kos yang di luar jangkaan.

Checklist Rumah Lelong 3: Pada pandangan kasar anda, dari segi luarannya adakah ia memerlukan perbelanjaan yang besar untuk kos mengubahsuai? Adakah ia mempunyai tahap kerosakan yang teruk?

Anda tidak perlu mejadi kontraktor untuk menilai secara kasar dari segi luaran tentang keadaan rumah yang anda ingini.  Jika ini adalah rumah dari jenis kediaman tinggi seperti flat, pangsa atau kondo. Nilaikan saja dari luaran dan anggaran kasar untuk pengubahsuaian asas dalaman kerana ianya berbeza dengan unit seperti rumah teres  kerana ianya jika ditinggalkan akan membawa kepada kerosakan yang lebih teruk lagi.  Ya mungkin seperti yang anda takuti pada awalnya, pagar pun mungkin tiada, tingkap mungkin entah ke mana. Namun inilah perkara yang perlu anda perhatikan dan nilaikan agar secara kasarnya kos pengubahsuaian itu masih tertakluk di bawah kemampuan anda. Anda tentu tidak mahu ianya melebihi dari apa yang anda tetapkan.

 

Checklist Rumah Lelong 4: Bagaimana pula dengan kawasan perjiranannya?

Kawasan perjiranan memainkan peranan penting. Berbalik pada awal topik perbincangan kita. Anda ingat lagi tak bila saya bertanya adakah ini pembelian sebagai rumah kediaman anda atau ini sekadar satu pelaburan?  Tidak kisahlah jika anda mahu tinggal atau menjadikan ia sebagai pelaburan, anda harus lihat faktor kejiranan sekeliling. Adakah ia selesa bagi anda atau ia agak kurang memberikan kepuasan.  Adakah anda lihat dari segi kejiranan ianya memberikan impak yang baik ataupun buruk bagi anda dan keluarga. Jika membuat pelaburan, anda harus fikir juga mengenai mereka yang bakal tinggal di rumah anda. Mereka juga akan berfikiran seperti anda juga.

petaling street

 

Checklist Rumah Lelong 5: Apa pula fasiliti atau kemudahan yang ada di sekitarnya?

Perhatikan keadaan sekeliling dari lokasi rumah lelong tersebut.  Apakah kemudahan yang tersedia. Apakah ada kemudahan masjid, sekolah, klinik, kedai, pasaraya, atau lain lain lagi yang berdekatan dengan lokasi tersebut? Adakah pengangkutan awam juga mudah untuk didapati di lokasi tersebut?  Jika tiada, apakah ia akan menjadi satu masalah yang besar bagi anda? Kebanyakan rumah lelong adalah kawasan yang telah lama dibangunkan dan oleh itu anda tidak perlu merasa risau untuk mendapatkan kemudahan asas atau kemudahan sampingan. Namun harus diingat ada juga kemudahan asas seperti sekolah atau masjid serta pusat kesihatan yang agak jauh dari lokasi yang mungkin bakal anda pilih.  Kerana itulah anda harus membuat sedikit semakan tentang kawasan dan lokasi yang bakal anda bida dan beli.  Anda tentu tidak mahu berakhir dengan rasa kecewa akibat kawasan yang kurang kemudahan awam dan kemudahan utama.

Checklist Rumah Lelong
Checklist Rumah Lelong: Apa Perlu Semak Sebelum Beli? 3

1802 north south highway2

 

Checklist Rumah Lelong 6: Bagaimana pula dengan akses laluan ke jalan raya atau ke lebuh raya?

Jarak rumah lelong yang anda beli dan tempat yang anda akan tuju pada setiap hari memainkan peranan penting. Nilai jarak tersebut dengan kos harian anda. Berbaloikah jika anda beli rumah ini? Adakah jika anda tinggal di situ anda perlu untuk menukar jenis pengangkutan anda ke tempat kerja? Bagaimana pula dengan akses ke lebuh raya atau jalan jalan utama?  Anda nilaikan dan anda buat perbandingan.  Tersalah perancangan anda hanya akan menambah kos perjalanan harian anda. Anda mungkin terpaksa menambah kos masa yang akan dibazirkan dengan kesesakan. Anda mungkin terpaksa berhadapan dengan jarak perjalanan yang semakin jauh.

Checklist terakhir: Pada pandangan kasar anda, adakah kawasan itu mempunyai nilainya di masa hadapan?

Nilai pasaran pada masa hadapan.  Anda telah perhatikan keadaan sekeliling dari segi prasarana, perjalanan, kemudahan dan pelbagai lagi. Di sini secara kasarnya, anda boleh menilai adakah nilai pasarannya akan meningkat tinggi dengan pantas atau perlahan pada setiap tahun.  Jika ini adalah kawasan yang berkembang pesat dan pantas membangun, sememangnya langkah anda tepat. Semak kembali maklumat hartanah tersebut dan sudah tiba masanya anda mendapatkan Pengisytiharan Jualan daripada institusi atau organisasi yang layak mengeluarkannya.

Bersambung di Persediaan Sebelum Beli Rumah Lelong…….

!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link