Pelaburan

Persediaan Sebelum Beli Rumah Lelong

Persediaan Sebelum Beli Rumah Lelong

rumahkabin black

Artikel ini adalah sambungan dari artikel Checklist Rumah Lelong: Apa Perlu Semak Sebelum Beli? Dalam artikel ini saya terangkan kepada anda tentang persediaan sebelum beli rumah lelong yang wajib anda jelaskan sebelum masuk ke acara lelongan.

Tetapkan persediaan sebelum beli rumah lelong

Persediaan Sebelum Beli Rumah Lelong 1: Saingan Harga

Jika anda mempunyai saingan, maka anda harus bersedia bahawa nilai yang dinyatakan pada hari lelongan tersebut akan meningkat kerana adanya persaingan di antara anda dan lawan anda.  Jika anda takut terlebih bidaan, cuba dapatkan nilai semasa hartanah itu daripada penilai hartanah yang anda kenal. Anda boleh bertanyakan mereka melalui email atau membuat panggilan dan nyatakan lokasi yang anda ingin bida.  Mereka akan memberi anggaran harga nilai semasa hartanah terbabit.  HARUS DIINGAT ini hanyalah anggaran semasa oleh pihak penilai.  Nilai yang tepat hanya boleh diberikan jika penilaian penuh ke atas hartanah tersebut telah dilakukan.

Jika terdapat ramai pembida sebagai lawan anda, harus diingat tentang hal ini:

HARGA LELONGAN (HARGA RIZAB) VS HARGA AKHIR BIDAAN (JUALAN)

Oleh itu apabila anda telah mengetahui tentang nilai anggaran semasa hartanah yang anda ingin bida, anda telah tahu di manakah hentian untuk anda berhenti jika bidaan semakin meningkat.

1448418785 300x229 300x229

 

Pengisytiharan Jualan adalah sebuah dokumen di mana di dalam dokumen ini di catat segalanya seperti maklumat hartanah, plaintif, defendan syarat syarat yang dinyatakan, serta harga rizab. Sebagai contoh nama bank yang mengeluarkan pembiayaan terdahulu, nama pemunya, alamat berdaftar, jenis hartanah, harga rizab, dan maklumat mengenai hartanah.  Namun di dalam Pengisytiharan Jualan ini tidak dinyatakan apakah sebab dan alasan untuk hartanah tersebut akan dilelong.

Persediaan Sebelum Beli Rumah Lelong 3: Carian Hak Milik (Semakan Kaveat Dan Sekatan)

Banyak kesilapan dilakukan oleh para bakal pembida setelah mendapat dokumen Pengisytiharan Jualan.  Mereka bergantung penuh pada maklumat yang telah dinyatakan di dalam Pengisytiharan Jualan.  Anda harus semak sama ada maklumat yang dinyatakan adalah tepat, terutamanya dari segi maklumat hartanah.  Anda perlu melakukan carian hak milik di pejabat tanah untuk menyemak silang maklumat yang dinyatakan di dalam Pengisytiharan Jualan dan Carian Hak Milik merupakan maklumat yang sama.  Pastikan nama pemunya adalah tepat, alamat rumah yang didaftarkan juga sama.

Carian Hak Milik juga akan membantu anda untuk mendapatkan maklumat dari segi sekatan ke atas kepentingan. Sekatan ke atas kepentingan ini tidak akan dinyatakan di dalam Pengisytiharan Jualan.  Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Carian Hak Milik tersebut bersama pegawai di pejabat tanah yang berdekatan.  Adalah satu kemestian dan wajib anda ketahui apakah sekatan atau kaveat yang telah diletakkan ke atas hartanah terbabit. Ini mengelakkan anda mengalami masalah untuk proses pertukaran hak milik dan juga kos kos yang diluar jangkaan.

Sekatan kepentingan juga diwujudkan agar ianya tidak boleh untuk dipindah milik, dicagar atau digadaikan.  Biasanya hartanah yang mempunyai sekatan ini yang dimiliki oleh kerajaan ataupun tanah pajakan.

Jika anda mendapati hartanah yang anda inginkan mempunyai sekatan atau kaveat terutamanya dari pihak individu, anda harus mendapatkan khidmat nasihat dari pelelong.  Jika sekatan itu memberikan impak yang besar kepada hartanah tersebut, buat pilihan yang lain dan jangan bebankan diri anda dengan permasalahan itu.

Persediaan 4: Semak Kembali Kekuatan Kewangan Anda

Semak sekali lagi kekuatan kewangan anda. Ini penting kerana anda hampir masuk ke fasa pembidaan.  Persediaan sebelum beli rumah lelong ini sangat penting kerana kita tidak ingin berlaku kesilapan yang boleh mengundang perkara yang tidak diingini.

Jika anda ingin membida dengan cara wang tunai milik anda, pastikan jumlah tunai yang anda miliki mencukupi untuk merangkumi segala kos yang bakal dikenakan.  Bukan sekadar untuk membayar hartanah tersebut pada harga akhir (jualan) malahan anda harus memikirkan kos kos yang mungkin wujud seperti cukai yang tertunggak, bayaran penyelenggaraan yang tertunggak dan pelbagai lagi.  Kadangkala kerana tidak memikirkan hal ini, pembida menghadapi masalah untuk menjelaskan baki pembayaran kerana bajet yang disediakan tidak mencukupi.

Jika anda ingin menggunakan pembiayaan dari pihak bank, anda haruslah menyemak segala butir kewangan anda.  Semak rekod anda sama ada mempunyai bayaran tertunggak atau ada dikenakan senarai hitam untuk membuat pembiayaan. Pastikan juga kelayakan pendapatan anda mencukupi untuk memohon pembiayaan dari pihak bank. Anda juga harus menyediakan tunai tambahan untuk membayar kos guaman dan kos kos yang tertunggak dari hartanah tersebut.

Jika anda memang berhajat untuk membuat pembiayaan bank dari awal lagi, sila semak dan cari pengetahuan tentang skim pembiayaan yang ditawarkan oleh setiap bank. Ini penting untuk memastikan anda mendapat pembiayaan dalam tempoh yang telah ditetapkan jika tidak, peluang anda untuk memiliki hartanah ini mungkin tidak berjaya dan anda terpaksa berputih mata.

Persediaan 5: Deposit Hartanah & Caj-Caj Yang Berkaitan

Memasuki bidaan tidak dikenakan sebarang yuran atau caj melainkan anda harus menyediakan bank draf sebanyak 10% daripada nilai rizab harga hartanah terbabit. Sebagai contoh:

Nilai rizab hartanah lelong: RM90k
Bank draf 10%: RM9k

Namun anda harus ingat anda perlu ada tunai tambahan sebagai persediaan di hari pembidaan jika nilai akhir jualan lelong tersebut meningkat. Sebagai contoh:

Nilai rizab hartanah lelong: RM90k
Bank draf 10%: Rm9k
Nilai Akhir hartanah lelong (harga jualan): RM130k
Jumlah 10% deposit sebenar: RM13k
Deposit sebenar RM13k – Bank Draf 10% dari harga rizab RM9k = RM4k
Wang yang perlu ditambah: RM4k

Congak, semak dan buat pemeriksaan tentang tunai dan dokumen kewangan anda. Ini adalah senjata utama anda dalam mendapatkan hartanah lelong terbabit. Kekurangan dana atau kelemahan dalam dokumen pembiayaan anda mungkin akan memberi risiko terhadap kebarangkalian anda memiliki hartanah yang anda ingini.

Bersambung di Rumah Lelong: Tips Terbaik Untuk Menang Bidaan!

!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘758593751581195’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);

rumahkabin black
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin


Source link