GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas hampir setengah jam apabila separuh badan dan mukanya dikatakan tersepit di bawah lori simen dalam kejadian kemalangan di Jalan Bukit Hayun, Bayan Lepas di sini, pagi tadi.
Kejadian kira-kira pukul 8.35 pagi itu dipercayai berlaku di laluan dua hala menghala ke arah Bayan Baru dan Bayan Lepas.
Mangsa yang merupakan pemuda berusia 25 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru kurang 15 minit kemudian.
Ketika kejadian, mangsa ditemui tersepit dalam keadaan memakai topi keledar manakala separuh badan dan mukanya berada di bawah motosikal miliknya jenis Honda RS.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berlaku pada pukul 8.41 pagi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.
“Kemalangan itu melibatkan sebuah lori pembancuh simen dan sebuah motosikal. Seorang lelaki berbangsa Melayu tersepit di bawah kenderaan terbabit dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian badan.
“Tindakan mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan khas iaitu ‘telescopic ram’. Operasi tersebut dapat dikawal pada pukul 8.49 pagi,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.
Beritahunya lagi, mangsa berada dalam keadaan stabil dan telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang menggunakan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Bomba untuk rawatan lanjut.
Operasi tersebut tamat sepenuhnya pada pukul 9.16 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link