YouTube sedia menawarkan format video secara menegak dan ringkas seumpama TikTok, dinamakan YouTube Shorts. Selepas menawarkan ia sebelum ini, kini YouTube mengumumkan para penerbit kandungan turut boleh menjana pendapatan melalui video yang dikongsikan dibawah format YouTube Shorts, bermula 1 Februari 2023 kelak.
Dengan langkah ini, penerbit kandungan bukan sahaja boleh menjana pendapatan melalui video biasa yang diterbitkan di YouTube seperti sedia ada, tetapi juga melalui video yang diterbitkan dibawah YouTube Shorts.
Penawaran perkongsian pendapatan bersama penerbit kandungan juga mungkin memberikan sedikit kelebihan kepada YouTube berbanding dengan TikTok dan Instagram Reels buat masa ini.
Untuk menyertai program jana pendapatan atau YouTube Partner Program ini, sesuatu saluran perlu mempunyai 1000 pelanggan, dan turut dilengkapi dengan 4000 jam masa tontonan video biasa atau 10 juta tontonan untuk video Shorts dalam tempoh 90 hari terakhir.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link