Snapchat kini memperkenalkan pelan langganan berbayar mereka, dinamakan Snapchat+ secara rasminya untuk para pengguna di Malaysia.
Snapchat+ hadir dengan ciri-ciri tambahan yang tidak tersedia untuk pengguna versi percuma, termasuk akses kepada sejumlah ciri yang masih pada peringkat eksperimen atau ujian.

Disamping itu, pengguna juga boleh mendapatkan akses kepada lencana khusus bersebelahan profil, kebolehan untuk pin rakan-rakan pada Snapchat, selain beberapa yang lain. Pengguna Snapchat+ juga boleh mengawal masa untuk sesuatu Stories itu luput selepas dikongsikan – antara sejam ke seminggu.
Bagi pengguna tempatan, Snapchat+ ditawarkan pada harga langganan RM2.49 sebulan, atau RM23.99 setahun. Sekiranya berminat, anda boleh lakukan langganan untuk Snapchat+ ini terus melalui aplikasi Snapchat hari ini.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link