Korang tentu pernah hadapi situasi di mana ikan yang dipancing di tengah laut, dinaikkan ke bot dalam keadaan terjegil biji mata atau tersembul pelampung atau belon di dalam mulut. Dalam istilah perikanan, kejadian itu dinamakan barotrauma.
Hampir kesemua ikan, terutamanya ikan demersal atau yang mendiami dasar lautan mempunyai organ swim bladder atau pundi renang (satu organ dipenuhi dengan gas yang mengawal keapungan ikan). Walau bagaimana pun terdapat juga ikan yang tidak dibekal pundi renang sebagaimana ikan yu atau jerung.
Apabila ikan tersebut dibawa dari dasar ke permukaan air dengan pantas, pengurangan tekanan membuatkan gas dalam pundi renang itu mengembang yang menyebabkan ikan tersebut mengalami kecederaan dan tidak dapat kembali ke dasar dengan sendiri.
Tidak semua ikan mengalami barotrauma, ikan jenis pelagik tidak mengalami barotrauma yang teruk kerana ia lebih berdaya tahan berbanding ikan yang mendiami dasar. Namun saya pernah melihat ikan talang yang dinaikkan dengan kepantasan melampau sehingga terkeluar belon!
Ikan yang mendiami perairan kurang 10meter dalam tidak mengalami kesan kecederaan yang teruk dan masih boleh hidup jika dilepaskan segera. Antara symptom barotrauma ialah tisu umpama belon atau pelampung tertolak keluar dari mulut, mata membengkak dan terjojol keluar dan bahagian perut mengembang dan tegang.
Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan bagi pemancing yang memancing lebih dari kedalaman 10meter bagi mengurangkan kesan barotrauma ke atas ikan dengan cara mengarau ikan dengan perlahan atau menghentikan menghentikan seketika karauan dapat mengelakkan barotrauma yang serius. Namun, rawatan yang paling berkesan untuk mengatasi barotrauma adalah pencegahan.
Sebaik saja anda menangkap ikan mencukupi keperluan atau mencapai had simpanan, berhenti memancing atau tukar lokasi memancing dengan mensasarkan ikan selain dari ikan dasar.
Bagaimana cara untuk melepaskan ikan tangkapan yang mengalami barotrauma?
Jangan memecahkan perut ikan yang mengembang akibat barotrauma kerana ia akan memburukkan lagi keadaan di mana menyebabkan Ikan akan mati.
Cara yang terbaik utk melepaskan ikan yang mengalami barotrauma adalah mengembalikan tekanan gas di dalam pundi renangnya ke dalam tekanan normal.
Caranya ialah dengan membawa ikan itu kembali ke dasar degan segera. Melepaskan ikan di permukaan air tidak akan membantu kerana ikan tersebut tidak dapat kembali ke dasar dengan sendiri.
Di negara barat kesedaran tentang barotrauma sudah lama diberi pendedahan kepada pemancing. Amalan melepaskan ikan yang mengalami barotrauma ada cara tersendiri.
Mereka mencipta alat seperti decompression device yang membolehkan ikan kembali ke dasar dengan segera dan boleh terus hidup seperti biasa.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link