Senyuman seseorang itu nampak sempurna apabila gigi sihat dan cantik. Apabila gigi berwarna kuning, hendak senyum pun terasa malu.
Gigi yang tersusun rapi dan putih menjadikan penampilan seseorang nampak bergaya. Namun adakah ia dapat diperoleh hanya dengan memakai ubat gigi yang bersumberkan arang?
Berikut perkongsian fakta daripada Dr Azila Mohd Kassim yang merupakan doktor gigi dari klinik pergigian Azila yang terletak di Bangi.
Menurut Dr Azila, jangan sesekali percaya dengan iklan ubat gigi bersumberkan arang yang kononnya boleh memutihkan gigi. Bahan ini juga tidak akan menghilangkan tartar atau karang gigi.
APAKAH FUNGSI ARANG?
Arang dipercayai mempunyai mekanisme seperti magnet untuk menarik serta memerangkap kotoran pada gigi. Apabila seseorang itu berkumur, secara teorinya kotoran terbabit akan keluar bersama. Tiada bahan aktif putihkan gigi.
Gigi hanya boleh nampak lebih bersih, tetapi tidak boleh putih seperti didakwa kerana serbuk arang tidak mempunyai apa-apa bahan aktif yang boleh membantu memutihkan gigi.
Molekul serbuk arang sangat kasar dan bersifat menghakis. Kajian menunjukkan, penggunaan seawal empat kali sudah boleh menipiskan enamel gigi, sedangkan lapisan itu penting untuk melindungi dentin, selain lapisan ketiga iaitu pulpa selaku pusat saraf gigi.
Lapisan dentin secara asalnya lebih kuning berbanding enamel. Enamel yang menipis tidak akan terbentuk semula dan dentin yang kuning akan berterusan terdedah. Keadaan ini akan menyebabkan dentin mula menyerap warna kelabu daripada serbuk arang menyebabkan gigi bukan sahaja tidak putih malah menjadi kelabu kekuningan.
Anda boleh menggunakan apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk menggosok gigi, tapi perlulah mengikut cara yang betul dan waktu yang bersesuaian. Selain itu, pastikan bahan yang digunakan dalam produk tersebut selamat dan tidak berbahaya.
Rawatan pemutihan atau ‘teeth whitening’ yang sebenar adalah apabila doktor gigi menggunakan bahan carbamide peroxide atau hydrogen peroxide. Hanya kepekatan 35 peratus hydrogen peroxide boleh memutihkan gigi.
Bagaimanapun hasilnya bergantung pada individu dan perlu diselenggarakan oleh doktor gigi bertauliah. Bahan-bahan ini berkemungkinan besar boleh mencederakan gusi sekiranya disalahgunakan.
Sedikit sahaja hydrogen peroxide terkena gusi akan menyebabkan gusi melepuh, terhakis dan menyebabkan ulser. Jangan menggunakan sebarang kaedah pemutihan gigi tanpa konsultasi daripada doktor gigi bertauliah.
BAHAN MITOS PUTIHKAN GIGI
Serbuk arang, baking soda dan lemon adalah mitos untuk memutihkan gigi. Di antara kesan buruk pembeli yang pernah mencuba ubat gigi activated charcoal (AC) ini ialah gigi bertambah haus dan sensitif.
Produk yang mengandungi arang atau ubat gigi pemutih ini boleh menghakiskan gigi dengan cepat jika tidak digunakan dengan cara yang betul dan tersalah pilih produk.
Sebenarnya serbuk arang dicampur gaulkan dengan beberapa ramuan dan hasil campuran akan diproses di bawah suhu yang tinggi. Kesannya arang yang terhasil akan menjadikannya lebih halus daripada arang biasa. Maka apabila digosok pada gigi kesannya gigi menjadi kelihatan putih.
Jadi AC ini tidak memutihkan gigi secara langsung. Bahan-bahan tersebut hanya membuang kotoran luaran dan menyebabkan gigi sensitif dan enamel menipis. Bahan ini juga tidak menghilangkan tartar atau karang gigi.
Perlu difahami bahawa warna natural gigi memang agak sedikit kuning. Keadaan ini disebabkan lapisan paling luar gigi (enamel) nipis dan lut sinar. Gigi sebenarnya menampakkan lapisan dalam (dentin) yang berwarna kuning.
Kebiasaannya doktor gigi tidak memandang pelik pada mereka yang memiliki gigi sedikit kuning sebab memang itu warna natural gigi.
TIP MEMUTIHKAN GIGI CARA YANG BETUL:
1. Beruslah gigi dua kali sehari selama dua minit.
2. Gunakan ‘floss’ gigi sekurang-kurangnya satu kali sehari.
3. Elakkan minuman yang menyebabkan ‘stain’ pada gigi. Contoh kopi, teh dan nescafe.
4. Jangan merokok, shisha, vape dan pengambilan tembakau.
5. Lakukan pemeriksaan gigi berkala di klinik pergigian.
6. Lakukan rawatan pemutihan gigi di klinik pergigian berdaftar.
Sumber: Dr Azila Mohd Kassim (Klinik Pergigian Azila, Bangi)
Kredit foto (top image): pvproduction by Freepik
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link