“Saya enggan buka cerita mengenai kejadian itu. Tetapi, Syamsul tidak mahu melepaskan saya.”
Demikian kata Puteri Sarah yang terpaksa mengemukakan bukti baharu kepada mahkamah mendakwa dirinya pernah dipukul suami, pengarah Syamsul Yusof.
Menurut Sarah, 38, dia tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut berlaku kerana masih lagi wujud rasa sayang terhadap Syamsul ketika itu.
Dakwa pelakon Suri Hati itu, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang menyelamatkan dirinya dengan membawa keluar dari rumah.
“Masa itu tak buat sebab sayang. Bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.
“Ibu mentua yang selamatkan saya ketika itu. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya.
Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap Syamsul di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pagi tadi.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, insiden dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.
“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).
“Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Selepas kejadian itu, beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.
“Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas,” katanya.
Terdahulu, Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
Pada prosiding itu, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak Rafie.
Sebelum ini, Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam dan Summayah.
Sumber : Media Hiburan
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source link