KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi syarat ketat dengan menjalankan tapisan keselamatan terhadap peserta yang memohon program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) kerana ada yang lulus sebelum ini didapati terlibat dalam kegiatan pengintipan.
MM2H diperkenal Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menggalakkan lebih ramai peserta dari negara luar atau warga asing menetap di sini sekali gus mendorong pengaliran masuk mata wang asing.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, disebabkan itu, kerajaan mahu memastikan kejadian berkenaan tidak berulang sehingga menyebabkan masalah pada masa akan datang.
Selain itu, katanya, perubahan syarat yang dikenakan adalah menaikkan jumlah pendapatan dan nilai aset cair serta mempunyai akaun simpanan tetap berjumlah sekurang-kurangnya RM1 juta.
Katanya, syarat ketat inisiatif MM2H diperkenal pada 2021 itu berjaya membawa masuk peserta lebih berkualiti, dengan jumlah deposit tetap mencecah hampir RM1 bilion dalam tempoh setahun.
“Peserta mesti lulus tapisan keselamatan kerana sebelum ini ada yang lulus, tetapi rupanya terbabit dalam aktiviti pengintipan.
“Oleh itu, kerajaan mengetatkan syaratnya, rasionalnya supaya kita dapat peserta yang benar-benar berkualiti dan membolehkan Malaysia bersaing dengan negara lain yang turut menawarkan program sama,” katanya ketika semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Hasni Mohammad [BN-Simpang Renggam] meminta kerajaan menyatakan rasional perubahan terkini dilakukan terhadap program MM2H.
Hasni berkata, syarat ketat MM2H itu menyebabkan pasaran hartanah di Johor suram dan statistik lambakan rumah mewah yang tidak terjual di negeri itu amat membimbangkan.
Saifuddin pula berkata, ia berbeza sebelum syarat ketat itu diperkenal menyaksikan negara hanya menerima RM958 juta dalam tempoh lima tahun dari 2015 hingga 2019.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, sebanyak 375 permohonan program MM2H diluluskan sementara 800 lagi permohonan sudah melepasi pra kelulusan dengan semua tapisan yang disyaratkan dan sebanyak 2,000 permohonan baharu direkodkan sejak tahun lalu.
“Ini bermaksud bila lulus saja, ada RM800 juta dalam akaun perbankan negara dan ditambah dengan RM375 juta yang sudah ada daripada permohonan sudah lulus,” katanya.
Sebelum ini, Persatuan Perunding MM2H mendakwa jumlah pemohon program itu menurun 90 peratus selepas syarat ketat diperkenalkan.
Pada Ogos 2021, kerajaan mengaktifkan semula program itu dengan beberapa syarat tambahan antaranya peserta wajib berada di negara ini sekurang-kurangnya 90 hari kumulatif setahun, mempunyai pendapatan luar pesisir sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan berbanding hanya RM10,000 sebulan sebelum ini.
Sebelum itu, peserta hanya perlu mempunyai RM300,000 dalam deposit tetap manakala nilainya dikurangkan kepada RM150,000 bagi peserta berusia lebih 50 tahun.
Namun kini, peserta dikenakan syarat tambahan antaranya perlu mempunyai akaun deposit tetap minimum RM1 juta dengan 50 peratus pengeluaran maksimum dibenarkan untuk tujuan membeli hartanah, perbelanjaan kesihatan dan pendidikan anak.
Untuk rekod, program yang diperkenal pada 2002 hingga 2019 itu berjaya merangsang ekonomi negara berjumlah RM11.89 bilion secara kumulatif menerusi fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan isi rumah.
Namun, seramai 1,461 peserta MM2H menarik diri daripada program itu antara September 2021 hingga Jun lalu, namun, kerajaan menafikan ia berpunca daripada syarat tambahan tersebut sebaliknya ketidakmampuan memberi komitmen kepada MM2H. -UTUSAN
!function(f,b,e,v,n,t,s){if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};if(!f._fbq)f._fbq=n;
n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window,
document,’script’,’https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source