Hartanah

Pendapat berbeza dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan tidak akan dilayan – Zahid

zahid

[ad_1]

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya tidak akan melayan atau memberikan apa-apa reaksi terhadap sebarang kenyataan “berbeza” daripada mana-mana pihak dalam komponen Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya sebarang reaksi balas diberikan ia menampakkan seolah-olah menjadi satu masalah utama sedangkan bukanlah pendirian yang telah ditetapkan oleh kepemimpinan parti terbabit.

“Saya mahu berikan pandangan, mana-mana parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang mempunyai pendapat berbeza, kami tidak akan layan, kerana itu bukan pendapat rasmi daripada kepimpinan mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya telah beritahu, jangan ada reaksi balas dan sebagainya daripada pihak kami kerana yang penting , jika isu yang ditimbulkan jika kita beri reaksi akan menampakkan seolah-olah masalah itu besar,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Presiden UMNO Bersama Jentera UMNO Negeri Sembilan di Wisma UMNO Negeri Sembilan hari ini. -KOSMO! ONLINE.


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]