Hartanah

Liga Super: Selangor FC pesta gol di Paroi

IMG 20230814 220218 01

[ad_1]

SEREMBAN – Pasukan Selangor FC berjaya mengutip tiga mata ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) malam ini.

Perlawanan Liga Super itu di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, berakhir dengan keputusan 0-4.

Pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol pada minit ke-26 hasil tendangan penyerangnya, Richmond Boakye Yiadom.

Separuh masa pertama tamat dengan tambahan masa dua minit.

IMG 20230814 220409 01
PEMAIN Selangor FC, Brendan Seng Ling Gan diasak pemain Negeri Sembilan FC, Tommy Mawat Bada pada Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini. – Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

Gol kedua Selangor FC dijaringkan oleh Ayron Del Valle Rodriguez pada minit ke-58.

Pada minit ke-74, Yohandry Jose Orozco menjaringkan gol ketiga untuk Selangor FC.

Selangor FC berada pada kedudukan selesa apabila Harith Haiqal Adam Afkar menjaringkan gol keempat pada minit ke-83.

Seramai 2,834 penonton menyaksikan perlawanan itu.

Perlawanan tamat selepas tambahan masa tiga minit. – KOSMO! ONLINE


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]