Tiba je weekend atau cuti panjang, takkan asyik nak ke mall atau tengok wayang je? Mestilah nak buat aktiviti yang lain dari yang lain. Jom kita tengok 4 tarikan healing paling onz. Dekat je kalau dari KL.
Paya Indah Discovery Wetlands
Lokasi eko-pelancongan di Lembah Klang seluas 1,111 ekar ini adalah kawasan tanah lembap yang menjadi habitat pelbagai hidupan liar. Ada 14 tasik yang dihuni 14 spesies reptilia serta 225 spesies burung. Ada juga badak air untuk pengunjung dekati jugak tau.
Senarai aktiviti yang kena cuba kalau berkunjung ke sini termasuklah:
Safari Insta-Tour: Korang akan dipandu renjer yang akan memberi penerangan sambil melalui hutan pokok buluh, Tasik Sendayan selain rumah tradisional Melayu di kawasan sekitar. Nak ambil peluang bergambar pun banyak sangat spot menarik.
Memancing: Nak healing yang sebenar? Apa kata cuba memancing sini. Tak dapat ikan pun takpe, yang penting, boleh menenangkan fikiran seketika.
Boat cruise: Telusuri keindahan tasik sambil menikmati keindahan flora dan fauna di tebing tasik.
Jungle School Programme 2.0: Asyik cuti sekolah tak tahu nak pergi mana? Apa kata bawa anak-anak dari umur 4 hingga 12 tahun untuk belajar benda baru mengenai haiwan dan tumbuhan dan menerokai hidupan kawasan paya dan tanah lembap.
The Wetlands Arboretum Centre
Tarikan ini menjadi santuari semulajadi untuk pemuliharaan hidupan liar dan kajian alam. Ianya bertujuan untuk melawan perubahan iklim yang menggalakkan pendidikan dan kajian kepelbagaian hidupan bio-diversiti.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah membuat sendiri kraftangan Orang Asli ketika sesi demo dan bengkel. Tapi pastikan korang membuat pra-tempahan dahulu sebelum ke sini tau. Pengunjung akan diajar sendiri oleh sekumpulan Orang Asli mengenai budaya dan cara membuat kraftangan mereka.
Discovery Park
Siapa kata kalau ke sini kena masuk kawasan tanah lembap je? Ada juga aktiviti lasak buat mereka yang sukakan cabaran. Sesuai untuk keluarga yang sukakan cabaran aktiviti lasak atau pun team-building untuk rakan sekerja.
Nak buat apa kalau ke sini? Haa, meh kami kongsikan aktiviti menarik di sini:
Cove Aerobar
Nikmati pemandangan memukau dari atas sambil menikmati minuman ringan di Cove Aerobar setinggi 35 meter. Dari atas ni korang boleh nampak pemandangan perbandaran Gamuda Cove dan juga SplashMania.
Goosebumps Rope Course
Ketinggian bukanlah masalah untuk korang? Tak gayat langsung? Apa kata cabar keberanian korang dengan Goosebumps Rope Course ni. Ada 11 elemen untuk dicuba anak-anak.
Bagi mereka yang sukakan cabaran pula, ada 57 elemen dalam Goosebumps Rope Course yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. Amacam, berani ke?
Paintball Target Shooting dan War Game
Baru sahaja dilancarkan, Paintball Target Shooting dan War Game antara aktiviti mesti cuba dengan kawan-kawan kalau ke sini. Paling excited ada simulasi ala medan perang sebenar di sini. Macam real je, nak lawan ramai-ramai dengan geng, memang sesuai ambil ni.
RUD Karting
Di sini, ada 2 trek disediakan untuk pelumba-pelumba merasai sendiri pengalaman berlumba. Ada juga mode perlumbaan yang sesuai untuk anak-anak. Memang syok sebab kelajuan go-cart ni boleh mencecah sehingga 60km/sejam.
SplashMania
Luangkan masa bersama keluarga termasuklah bergembira bermain air di SplashMania. Taman air terbaru ini menawarkan sehingga 24 gelongsor air untuk korang main air sampai puas. Ini slides yang korang kena cuba kalau ke sini.
Monsta & Twista
Korang memang jiwa kelajuan? Slide Monsta ni memang untuk korang! Alami keterujaan kelajuan dengan slide Monsta ini yang akan bawa korang berputar dalam slide berbentuk mangkuk.
Bila start je naik slide ni terus memecut laju dan kemudian perlahan-lahan kelajuan berkurang. Rider kemudian akan berputar dalam slide ini beberapa kali sebelum keluar di tengah-tengah.
Slide Twista pula akan merasa sendiri lonjakan adrenalin apabila menggelongsor pada gelongsor bersudut curam, memang lajulah cerita dia!
Setiap bot akan dijatuhkan dan menyelam ke dalam slide Twista ini. Bagi korang yang sukakan cabaran dan sentiasa dahagakan benda baru, slide ni wajib korang try
Slide VR yang pertama di Malaysia
Slide Atlantis VR ni adalah slide virtual realiti pertama di Malaysia. Slide ini sepanjang 250 meter di mana korang akan dibawa melalui kisah perjalanan ‘lost ancient city’, Atlantis.
Masuk je slide ni, korang akan berada dalam pelampung rakit bulat seramai 2-4 orang. Bila pakai VR headset, korang akan alami sendiri perubahan suasana dan pengalaman hasil teknologi VR
Bukan tu je, slides lain jugak tak kurang menarik untuk korang cuba antaranya Spills & Thrills, Maniac Racers, Sumaumeira Drop, Shaka Waka, Wild Rush, Curl & Swirl. Nak adrenaline rush, semua ni kena naik ok?
Jangan risau, slide untuk anak-anak turut disediakan untuk memenuhi keinginan anak-anak yang tidak mahu ketinggalan merasai keseronokan bermain di sini.
Main game, dapat menang tiket SplashMania!
Korang nak menang tiket untuk ke SplashMania bersama keluarga? Uji kehandalan korang main game dan berpeluang menang tiket masuk ke SplashMania. Fun main game dapat, fun bila enjoy ke SplashMania pun dapat.
Jadi, apa tunggu lagi, jom ajak family dan kawan-kawan korang untuk join game ni. Hadiah pun menarik, bila lagi nak menang tiket free guys?
Nak tahu lebih lanjut, follow GL Play di Facebook dan Instagram serta lawati laman web rasmi DI SINI.
!function(f,b,e,v,n,t,s)
{if(f.fbq)return;n=f.fbq=function(){n.callMethod?
n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments)};
if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version=’2.0′;
n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0;
t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0];
s.parentNode.insertBefore(t,s)}(window, document,’script’,
‘https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js’);
fbq(‘init’, ‘643302570797058’);
fbq(‘track’, ‘PageView’);
(function(d, s, id) {
var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0];
if (d.getElementById(id)) return;
js = d.createElement(s); js.id = id;
js.src = “//connect.facebook.net/en_GB/all.js#xfbml=1&appId=273189502776521”;
fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);
}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source