Hartanah

Pesara, petugas kerajaan ‘lesap’ RM2.8 juta ditipu pelaburan patuh syariah

[ad_1]

KUALA LUMPUR – Pesara dan petugas kerajaan tidak terlepas menjadi mangsa penipuan pelaburan konsep patuh syariah sebuah syarikat koperasi yang beroperasi di Kota Bahru, Kelantan.

Ekoran itu, 26 mangsa kerugian RM2.8 juta kerana modal dan dividen yang dijanjikan mereka tidak diperolehi hasil taktik syarikat tersebut yang mencari pelanggan untuk melabur dalam pinjaman tanpa cagaran.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, modus operandi yang dilakukan oleh koperasi itu adalah dengan mencari pelanggan-pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli koperasi dan mendapatkan pendapatan sampingan.

Kata beliau, pelbagai bentuk pelaburan ditawarkan kepada mangsa menggunakan nama dan syarikat sendirian berhad sedangkan kegiatan ini dikuasai sepenuhnya oleh ahli lembaga koperasi itu.

Jelas beliau, konsep pelaburan yang ditawarkan oleh koperasi tersebut adalah dengan memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat-syarikat sendirian berhad yang tidak dimiliki oleh koperasi tersebut.

“Syarikat sendirian berhad tersebut merupakan pelaksana 10 jenis skim pelaburan yang ditawarkan bagi mengaburkan mata dan mengelirukan mangsa-mangsa.

“Wakil atau ejen yang dilantik mereka kemudiannya akan memberikan representasi dan penerangan lanjut kepada para pelanggan yang berminat sedangkan tawaran itu hanya di atas kertas sahaja,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Kata beliau, aduan yang diterima pihak MHO mendapati, pelabur mendakwa tidak pernah melihat atau dikemukan rekod dan produk-produk pelaburan yang ditawarkan koperasi itu.

“Tawaran-tawaran program langganan saham juga dikatakan tidak sah dari segi undang-undang kerana syarikat-syarikat tersebut gagal dan tidak mematuhi kepada undang-undang yang telah diperuntukkan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal selia syarikat-syarikat pelaburan di Malaysia.

“Program skim pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut juga adalah merupakan satu janji yang tidak munasabah,” ujarnya.

Kata beliau, mangsa-mangsa didakwa tidak menerima bayaran dividen seperti yang telah dijanjikan oleh pihak syarikat tersebut.

“Tindakan ini adalah tidak adil dan melampau kerana mangsa-mangsa telah menggunakan wang simpanan mereka untuk melabur dengan koperasi ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hishamuddin menggesa pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia dan agensi terlibat menjalankan siasatan ke atas syarikat tersebut yang sewenang-wenangnya menggunakan wang pelaburan diterima.

“Ramai mangsa mendakwa mereka telah membuat laporan polis tetapi pegawai penyiasat mengklasifikasikan kes mereka sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) dan rujuk agensi lain (ROA) atas alasan mempunyai perjanjian dan mangsa-mangsa telah menerima sebahagian dividen mereka.

“Ini tidak adil kepada mereka, kerana kita dapati kes ini mempunyai elemen penipuan dan pecah amanah,” katanya. -KOSMO! ONLINE.


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *