[ad_1]
Susulan isu terpalit anak perempuannya, Marissa Dania yang dikatakan sudah bernikah dengan lelaki bernama Aslam, pelakon Abby Abadi turut terkena tempias.
Diruangan komen Instagram Abby, rata-rata netizen membanjiri dengan mengucapkan tahniah kepada Abby kerana menerima menantu.
BACA: Marissa Dania Antara Pelajar Paling Berjaya Di Maahad Tahfiz As Sofa
Bukan itu saja, ada yang mengecam serta menitipkan nasihat kepada Abby supaya membawa Marissa untuk berubat bagi memulihkan sikapnya.
Dalam pada itu, ada netizen meminta supaya tidak menyerang Abby dan Norman disebabkan apa yang dilakukan oleh anak mereka serta meminta agar menjaga kata-kata kerana bimbang ianya jatuh fitnah.
Kata netizen lagi, Abby dan Norman sudah memberikan didikan yang baik buat anaknya namun mungkin ini adalah ujian daripada Allah.
Terdahulu, kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan mengesahkan adik iparnya itu sudah berkahwin dengan Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]