Hartanah

Kemalangan babit rakyat Malaysia di Siam meningkat

[ad_1]

YALA, Thailand – Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan rakyat negara ini yang melancong ke Thailand agar mengikut segala peruntukan undang-undang di negara itu termasuk patuhi had laju kenderaan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pelancong dari Malaysia khususnya yang membawa kenderaan sendiri ke negara jiran itu juga harus faham suasana lalu lintas dan aliran trafik di negara itu.

“Saya mengambil contoh, keadaan lebuh raya di Thailand tidak sama dengan negara kita (Malaysia). Lebuh raya di Thailand banyak pusingan U dan pengguna jalan raya lain boleh melintas di laluan itu.

“Selain itu, kita harap pelawat dari Malaysia mematuhi had laju ditetapkan kerana had laju maksimum kebanyakan lebuh raya di Thailand hanyalah 90 kilometer sejam,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Hari Melayu Ke-9 di wilayah Yala, di sini Jumaat lalu.

Tambahnya, kemalangan jalan raya melibatkan pelancong dari Malaysia turut mencatatkan peningkatan sejak akhir-akhir ini

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi turut mengingatkan agar pelancong dari Malaysia khususnya menghantar semula borang pengisytiharan kastam Thailand ketika keluar dari negara itu.

“Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kenderaan disenarai hitam dan tidak boleh lagi memasuki negara itu menggunakan negara itu.

“Terdapat banyak kes melibatkan rakyat Malaysia tersilap menghantar borang pengisytiharan kepada kaunter imigresen Thailand dan borang itu tidak akan dihantar kepada pihak kastam di sana,” jelasnya.

Tambahnya, keadaan itu mengakibatkan pihak kastam Thailand menganggap individu itu tinggal lebih masa dan menyenarai hitam kenderaan tersebut. – KOSMO! ONLINE


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *