Kalau sebut jer tentang penyakit tiga serangkai, pasti kita akan rasa takut kan? Yelah siapa jer yang nak penyakit ini ‘hinggap’ pada badan kita? Tiada siapa pun yang nak weh.
Anda jangan tak tahu, ada juga dari kita yang tak sedar yang dia sendiri ada penyakit ini. Kadang-kadang tu sampai biarkan keadaan menjadi teruk. Seram mat!
Lagi tragik kalau terpaksa berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Badan pula terbaring lesu tak boleh bergerak aktif, alahai lemah jadinya!
Kisah hebat yang bakal kami bongkarkan kepada anda ni ada kaitan dengan penyakit tiga serangkai ini. Perjuangan seorang anak, Azman Mohamad yang mahu menyembuhkan kesihatan ayahnya hingga terhasilnya produk herba diktiraf! Anda patut baca sampai habis kisah ni tau!
Punca Ayah Kencing Manis
Pada akhir 2018 ayah disahkan menghidap kencing manis dengan bacaan 21mmol. Cerita bermula apabila ayah mengalami luka luar biasa yang teruk di bahagian kedua-dua belah kaki. Jadi membuatkan Azman tekad membawa ayah ke klinik pakar kulit. Biarpun tiga kali berulang alik ke klinik pakar kulit tapi masih tidak sembuh.
Sehingga lah Azman membawa ayah check up di salah sebuah klinik di Tumpat Kelantan dan ayah disahkan menghidap penyakit kencing manis dengan bacaan gula yang tinggi, perkara yang paling menakutkan!
Sebelum ni ayah seorang pengurus kilang perabot, selepas umur 65 tahun ayah pencen dan hanya duduk di rumah tanpa buat sebarang pekerjaan. Bila dah duduk di rumah ni anda faham-faham jelah gais.
Pagi petang minum teh tarik, teh o, teh o ais, makan nasi berlauk atau roti canai. Tengah hari pula makan kuih manis disediakan isteri atau di kedai makan, waktu malam pula sambung makan makanan berat. Fuh, anda dah boleh bayangkan bagaimana kan?
Punca perubahan gaya hidup inilah yang menyebabkan ayah menghidap penyakit ini. Rawatan di klinik dan hospital agak mahal juga untuk membeli produk-produk untuk mencuci kudis dan ubat rawatan.
Setiap kali ke klinik dah melebihi RM200 manakala ubat di farmasi pula melebihi RM300. Kaki ayah perlu dicuci 3 ke 4 kali sehari dan perlu dibalut. Nak sembuh pun mengambil masa hampir 4 bulan.
Untuk turunkan bacaan gula pula ayah perlu makan ubat macformin dan beberapa jenis ubat lagi yang perlu diambil sebelum dan selepas makan. Anda bayangkanlah kos berapa nak dikeluarkan masa tu. Fuh!
Cari Rawatan Alternatif Lain
Dan disebabkan ini jugalah Azman tekad mencari rawatan alternatif lain iaitu rawatan herba untuk menyembuhkan ayah. Dan dijadikan kebetulan, Azman membuat perbincangan dengan pihak kilang dan R&D kilang OEM pun telah membuat kajian kapsul peria katak yang bagus untuk merawat masalah kencing manis.
Jadi pada Februari 2019, kapsul peria katak jenama Fatman pun dikeluarkan. Dalam proses rawatan menurunkan bacaan gula, ayah diminta mengambil beberapa kapsul peria katak. Dan Alhamdulilah selepas mengamalkannya, bacaan gula ayah semakin menurun. Paling rendah 15.
Kalau dulu ayah nak berjalan perlu memakai stokin, tapi selepas sebulan makan ubat hospital dan mengamalkan peria katak, bacaan turun kepada 10. Kulit kaki ayah mula tumbuh dan luka semakin baik. Perubahan pada kulit kaki ayah nampak sangat ketara. Dan masuk je bulan ketiga, bacaan gula ayah bawah 7 kadang-kadang 5.6 mmol sahaja! Alhamdulillah.
Mula Jalankan Perniagaan Online
Testimoni depan mata yang berlaku inilah membuatkan Azman mempergiatkankan lagi perniagaannnya secara online besar-besaran untuk memberikan manfaat dan sebarkan kebaikan kepada orang lain di luar sana.
Dan alhamdulilah kapsul peria kataknya ini terjual lebih 600 ribu unit dalam masa 4 tahun secara online di website rasmi INI.
Semakin Berkembang!
Ayah dan maknya dijadikan sebagai model dalam video marketing kapsul peria Fatman bagi mengongsikan kebaikan peria katak ini. Kalau anda nak tahu, produk ini pernah muncul di semua siaran tv termasuk SPM RTM1, TV ALHIJRAH dan Astro.
Bukan itu jer, marketing diperluaskan lagi di semua stesen siaran radio tempatan seperti radio Kelantan, radio klasik dan beberapa stesen lain.
Kerjasama Bersama UTHM
Perniagaan diperkembangkan lagi untuk keberkesanan dan keselamatan produk. Dengan pemberian geran pendidikan dan usahasama terbaru dengan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) pada 2021, impian menjadi kenyataan.
Fatman melantik UTHM untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan produk-produk baru dan berkualiti supaya dapat bersaing di pasaran.
Kajian ini membuatkan Fatman memenangi Gold Medal Best of the Best Commercialization International Research and Symposium & Exposition (RISE) Oktober 2022.
Pada 1 Feb 2023 kapsul peria katak ini turut mendapat kelulusan halal dan produk ini dikilangkan di kilang yang ada GMP & NPRA Malaysia. Wah!
Syabas Anak Muda!
Siapa sangka kan anak muda ini menceburi bidang perniagaan di awal umur 40-an demi mengubati ayahnya yang menghidapi penyakit kencing manis dan berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga kini!
Dengan pengalaman bekerja di bahagian jualan lebih 23 tahun di bank dan menamatkan perkerjaan sebagai jawatan pengarah di sebuah bank di Pantai Timur Malaysia, kini menjadi usahawan peria katak yang berjaya mengubati lebih dari 75 ribu pengguna yang mengamalkan kapsul peria katakknya ini.
@abgazmann Semoga ibu ayah terus sihat aminn
Bermula dari bawah sebagai pekerja online, kini menjadi pengarah bersama syarikat Fatman Sdn. Bhd sejak 2018. Azman turut menjadi juru cakap produk sendiri di RTM 1, Astro, TV ALhijrah, dan promo di TV hampir 5 tahun.
Syabas anak muda, betul-betul terinspirasi dengan Azman ini kan? Haa…pada anda yang ada cita-cita dan impian untuk mula berniaga, dah boleh mula sekarang! Mana tahu mungkin kisah anda pula yang akan kami tulis dan menjadi inspirasi kepada geng anak muda di luar sana! Selamat berjaya gais.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source