Pelaburan

Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dikenakan Tindakan

[ad_1]

Sejak semalam tular semula surat layang yang pernah dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) meminta bantuan warden untuk menyelamatkan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum…

Baca Lagi

Menurut laporan, surat layang pertama diselitkan di pagar Rumah Sakit Angkatan Tentera pada 23 Mei 2017 dan surat layang kedua diletakkan di bawah pintu bilik seorang jurulatih pada keesokan harinya.

BACA: “Jangan Jadikan Normal Kena Gari” – Rita Rudaini Tegur Alif Teega, Aisyah Hijanah

Bagaimanapun, surat berkenaan dipercayai diketahui semua ahli bilik 4-10 selepas jurulatih memasukkan surat ke dalam mesej melalui aplikasi WhatsApp.

Surat tular itu turut mendapat perhatian pelakon Rita Rudaini berpendapat pihak yang menerima surat layang berkenaan supaya dikenakan tindakan.

“Ye, warden yang hidup segan mati tak mahu ni memang patut diambil tindakan juga. Sama juga di mana-mana sekolah, asrama, universiti.

“Mengadu je mula mengata parents manjakan anak lah..eh hello! Parents hantar anak mereka bukan untuk dijadikan punching bag kat tempat tu! Saya menyokong pihak yang dapat surat layang dikenakan tindakan!” tulisnya.

Semalam, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Mereka yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *