[ad_1]
Penyampai radio, Tyzo Xander berkata dia memerlukan masa berfikir mengenai keputusan untuk mendirikan rumah tangga kerana sudah terbiasa hidup membujang.

“Pernah Jadi Antara 10 Airport Terbaik Dunia, KLIA Sekarang Berada Paling Bawah”
Rakyat Malaysia pernah berbangga dengan kualiti layanan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lebih sedekad yang lalu apabila sering dinobatkan antara 10 lapangan terbang terbaik di dunia. KLIA meninggalkan jauh pesaing lain…
Memetik Harian Metro, Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris berkata dia megnakui terkejut dengan pengakuan usahawan Lydia Rosli yang meluahkan rasa cinta terhadapnya baru-baru ini.
BACA: “Kalau Tyzo Jodoh Terbaik Ibu, Saya Okey Saja” – Fitri Farok
“Saya hormati perasaan (cinta) Lydia itu, tetapi saya perlukan masa lagi untuk berfikir dengan teliti mengenai perkahwinan kerana sudah lama hidup bersendiri. Saya dah terbiasa membujang selama ini.
“Lagi pula, kami berkawan baik sudah lama kerana dia (Lydia) juga banyak membantu dan mengajar saya selok-belok perniagaan. Malah, keluarga serta semua adik-beradik saya pun sudah kenal rapat dengannya.
“Begitu juga, anak saya (Noah Zachri) rapat dengan Lydia sebab kami memang baik sampai sekarang pun. Cuma, mohon didoakan yang baik-baik sajalah untuk kami (jodoh),” katanya.
Dalam pada itu, Tyzo berkata dia okay dengan status Lydia sebagai ibu tunggal kepada empat anak namun buat masa ini dia yang mahu memberi fokus kepada karier penyampai radio di stesen baru iaitu IKIMfm.
“Perjalanan karier saya pun masih ‘bertatih’ lagi buat masa ini selepas apa yang berlaku pada awal Januari lalu. Jadi, saya perlukan masa untuk memberi lebih fokus pada karier penyampai radio yang digalas ini.
“Bukanlah saya tiada hasrat nak berkahwin suatu hari nanti, cuma sekarang bukan masanya lagi. Macam yang saya cakap, saya masih perlukan masa berfikir kerana kalau nak kahwin biarlah lama dan bukan cuma seminggu dua saja,” katanya.
Terdahulu, Lydia meluahkan rasa cinta dan mahu berkahwin dengan Tyzi namun hasratnya itu tidak kesampaian dan menyatakan penyampai radio itu seperti belum bersedia untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.
SUMBER: Harian Metro
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]