Pelaburan

“Seluruh Rakyat Malaysia Perlukan Penjelasan” – ‘Coach’ Badminton Disekat Ke Olimpik Kerana ‘Kuota’ Terhad, Presiden MOM Boleh Bawa Isteri & Anak?

[ad_1]

Sebelum ini, pemain badminton wanita Goh Jin Wei akur apabila dia terpaksa ke Olimpik Paris tanpa iringan jurulatih, Nova Armada.

Nama Goh Jin Wei kembali hangat

Jin Wei yang ditemui sebelum ini berkata jurulatihnya itu tidak mempunyai kad akreditasi Olimpik sekaligus membuatkan pemain badminton itu bermain tanpa bantuan ‘coach’ sendiri seperti kebiasaannya.

Goh Jin Wei ke olimpik tanpa jurulatih

“Saya seorang saja tak ada jurulatih.Seharusnya setiap atlet layak ke Olimpik kena ada jurulatih masing-masing, tapi saya tak tahu kenapa jurulatih saya tak dapat pergi sebab dia tidak mempunyai kad akreditasi” ujarnya ketika ditemui media.

Kad akreditasi didakwa diberikan kepada yang bukan hak?

Meskipun pulang tanpa iringan pingat, nama Jin Wei kembali meniti di bibir netizen berikutan isu ‘kuota’ yang didakwa diberikan kepada ahli keluarga pegawai pengiring ke Olimpik yang masih berlangsung ketika ini.

Ini berikutan tersebarnya foto ahli keluarga Presiden Majlis Olimpik yang memakai ‘lanyard’ akreditasi yang membenarkan seseorang itu keluar masuk ke acara, majlis atau kawasan yang dibenarkan pihak pengurusan Olimpik Paris.

Kecoh ketika ini apabila netizen mula mempersoalkan mengapa ‘coach’ Nova tidak diberi pelepasan sewajarnya untuk mengiringi atlet sebaliknya kuota-kuota tersebut diberikan kepada ahli keluarga pengurusan tertinggi majlis sukan Malaysia.

Netizen minta Hannah Yeoh dan Adam Adli beri penjelasan

Berikutan itu, ramai mula ‘memetik’ nama Hannah Yeoh dan juga Adam Adli selaku Menteri dan Timbalan Menteri Sukan untuk memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat Malaysia.

Goh Jin wei, coach Nova akreditasi

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pasangan pengantin dikecam bergambar di landasan kereta api

1 hour ago

“Jalan Pun Terhegeh-Hegeh..” – Tular Video Pengantin Bergambar Hingga Ganggu Laluan Kereta Api

 


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *