Pelaburan

Chef Zam Berang Dengan Restoran Tempatan Terkenal, Jual Nasi Lemak RM5.90 Tanpa Sambal – “Kalau Nak Tambah Duit”

[ad_1]

Chef selebriti terkenal, Chef Zam menerusi hantaran di TikTok semalam telah meluahkan rasa marah dan tidak berpuas hati dengan sebuah restoran rantaian tempatan yang dikenali dengan makanan seperti nasi lemak dan mee siam.

Menerusi rakaman itu, Chef Zam memberitahu dia telah membeli nasi lemak dan rendang ayam namun terkejut apabila mendapati tiada sambal di dalam bungkusan itu.

Lebih membuatkannya ‘naik angin’ apabila dia diminta membayar caj tambahan untuk mendapatkan sambal nasi lemak tersebut.

Buka (bungkusan) nasi lemak ini, dalam tak ada sambal. Nasi lemak kosong dia jual lima ringgit lebih, nak sambal kena tambah (duit) lagi.

chef zam

Ceritanya lagi, nasi lemak kosong itu dijual pada harga RM5.90 manakala rendang ayam tersebut berharga RM4.90 namun Chef Zam menunjukkan lauk itu yang hanya mempunyai beberapa ketul kecil ayam sahaja.

Ini sangat mengarut. Such a big brand tapi indah khabar dari rupa. Apa benda ni? Anak saya sekolah tadika dapat ayam lagi besar daripada ni. Nasi lemak pula tak ada sambal.

Dia berpendapat harga diletakkan oleh restoran tersebut tidak masuk akal dan mengarut kerana tidak sepadan dengan kualiti serta kuantiti diberikan.

Hal ini menjadi bualan warganet di TikTok dan aplikasi X di mana rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Chef Zam berkaitan harga jualan restoran terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki tegur restoran buat content hina OKU

3 weeks ago

Restoran Makanan Laut Dikecam Buat ‘Content’ TikTok Hina Fizikal Golongan OKU


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *