[ad_1]
Penyanyi Amir Jahari menasihati mereka yang berdepan masalah mental untuk terus mendapatkan rawatan di hospital serta bantuan daripada pihak profesional seperti doktor dan psikiatri.
Memeitk Kosmo, Amir berkata golongan yang mengalami masalah tersebut tidak akan menemui jawapan di sosial media dan cenderung mempunyai pemikiran ke arah negatif.
BACA: Minta Berhenti Idolakan Manusia, Amir Jahari Diserang Netizen
“Nasihat saya kepada individu di luar sana, jika rasa perilaku diri semakin pelik, tolong hubungi orang terdekat atau dapatkan bantuan daripada MIASA (Persatuan Kesedaran Dan Sokongan Penyakit Mental) atau terus pergi mendapatkan rawatan di hospital.
“Dapatkan bantuan pihak yang profesional tentang masalah mental, sebab pesakit tidak akan jumpa jawapan dalam TikTok atau media sosial.
“Jawapan yang dicari hanya ada pada pakar psikiatri kerana mereka yang lebih faham tentang psikologi. Mereka tahu masalah ini dan boleh bantu anda,” katanya.
Sementara itu, Amir berkata dia menolak faktor sekeliling juga menjadi punca kepada masalah mental dan berharap ibu bapa dapat memainkan peranan memantau keadaan mental anak-anak.
“Antara salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah mental terjadi adalah kerana sosial media juga. Generasi muda hari ini juga mungkin terlalu dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk terus belajar, jadi apabila sudah dewasa baru mereka berani menunjukkan kesan dan masalah mental.
“Zaman sekarang sangat bahaya terutama terhadap kesihatan mental golongan. Ramai orang yang hanya Islam pada kad pengenalan dan belajar di sekolah, tetapi tidak diamalkan dalam hidup (pendidikan Islam).
“Apa pun, semuanya kembali kepada didikan ibu bapa. Jika ibu bapa baik maka anak-anak juga akan mencerminkan perkara sama,” katanya.
SUMBER: Kosmo
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]