Malaysia Techlympics merupakan inisiatif MOSTI dalam usaha memupuk minat generasi muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pertandingan yang lebih menyeronokkan, membudayakan belia dengan minda kritikal, set kemahiran dan inovasi yang lebih bermakna serta berimpak tinggi.
Penganjuran Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak merupakan pelaksanaan zon keenam dan terakhir setelah pelaksanaan di Zon Pantai Timur, Zon Sabah, Zon Selatan, Zon Tengah dan Zon Utara yang lalu.
Malaysia Techlympics 2024 Peringkat Zon Sarawak telah menyaksikan seramai hampir 720 orang peserta dari negeri Sarawak yang berkumpul bersama-sama di Stadium Tertutup Sibu untuk bersaing bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan November 2024 di Putrajaya.
Dalam ucapan oleh YB Dato’ Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, objektif utama penganjuran Malaysia Techlympics adalah pembudayaan STI kepada kumpulan sasar melalui pendekatan hands-on dan tidak formal serta melalui kaedah experiential learning dan pertandingan melibatkan pelajar dan belia di semua peringkat umur, jantina dan bangsa.
Pelaksanaan program ini merupakan inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan
Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD) bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pendidikan Malaysia serta jabatan di bawahnya. Kerajaan Sarawak amat berbesar hati
kerana telah dipilih selaku tuan rumah bagi pelaksanaan program perdana berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) ini.
MOSTI komited dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat para pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics. Antara teknologi yang sedang berkembang pesat adalah teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) yang banyak digunapakai dalam bidang perniagaan dan beberapa industri yang berkaitan.
Antara tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mengetengahkan pembudayaan teknologi dan inovasi kepada seluruh rakyat di Sarawak khususnya pelajar dan belia.
Justeru, Kerajaan Negeri berpandangan bahawa program ini turut merupakan platform yang sesuai dalam usaha mengetengahkan dan memperkenalkan teknologi dan inovasi sekaligus menarik minat rakyat
setempat khususnya golongan sasar pelajar dan belia dalam bidang teknologi.
Melihat kepada kepentingan teknologi ini kepada negara, antara pengisian utama aktiviti dan pertandingan Malaysia Techlympics memberi penekanan terhadap aspek teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), pengekodan, pengkomputeran, dron dan banyak lagi sebagai wadah dan pendedahan awal bagi para pelajar dan belia dalam teknologi pesat ini.
Tambahnya, beliau sangat berbangga dengan pencapaian penyertaan anak-anak Sarawak yang sanggup datang yang melibatkan diri dalam Malaysia Techlympics 2024 ini.
“Jika dilihat pada penyertaan para peserta daripada Zon Sarawak ini, jumlah penyertaan keseluruhan dari Sarawak mencatatkan pencapaian yang memberangsangkan dengan seramai 1,161 peserta secara keseluruhanya pada tahun ini.
“Pada hari ini, kita menyaksikan seramai 718 orang anak Sarawak yang berjaya mara ke peringkat Zon Sarawak untuk bertanding bersama-sama bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan. Syabas dan tahniah saya ucapkan! Semoga dengan penyertaan anak-anak Sarawak ini akan menyumbang kepada penglibatan terbesar dalam Malaysia Techlympics 2024.”
Beliau turut menyeru kepada guru-guru untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti STI dan terus menyokong pelaksanaan Malaysia Techlympics, menerusi Program Jangkauan Keterangkuman (outreach) dan pertandingan-pertandingan yang dilaksanakan secara dalam talian yang akan berjalan sehingga ke pertengahan bulan November kelak.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha
(Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Prof. Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, Naib Canselor Univesiti Teknologi Sarawak (UTS); Dr Sharmila Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Puan Mismah Jimbun, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI-MOSTI.
Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics dijemput untuk melayari laman web rasmi www.mytechlympics.com
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source