[ad_1]
Terkesan dengan insiden menimpa pelakon Zahnita Wilson, pelakon Anzalna Nasir menyeru golongan wanita agar tidak berdiam diri jika menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Anzalna berkata wanita tidak boleh membiarkan suami naik tangan terhadap mereka serta tidak takut untuk bersuara.
“Kita sebagai wanita tak boleh sesekali biarkan suami naik tangan. Kepada semua wanita di luar sana, jangan takut untuk bersuara,” tulisnya.
Sementara itu, Anzalna berkata perceraian sememangnya menakutkan namun tidak boleh membiarkan diri mereka terus menjadi mangsa.
“Betul perceraian memang menakutkan dan menyakitkan. Tapi membiarkan diri dipukul sehingga kecederaan serius adalah lebih teruk. Lelaki sejati tak akan naikkan tangan ke wanita,” katanya.
Sejak semalam hangat diperkatakan apabila Zahnita mendedahkan sudah lama menjadi mangsa kekerasan rumah tangga serta nekad untuk memfialkan cerai hari ini.
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]