[ad_1]
Pelakon Farid Kamil berkata dia yakin bahawa rasa sayang dan cinta isterinya, Diana Danielle masih kuat dan hanya dia yang boleh merasakannya.
Memetik Astro Gempak, Farid berkata dia sayangkan keluarganya serta melihat setiap peluang yang ada merupakan satu rahmat daripada Allah dalam perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah, kasih sayang bukan boleh dijual beli. Cinta tak susah untuk dapat, tapi susah kalau dijual dan beli.
“Saya melihat setiap peluang yang ada sebagai rahmat tuhan dalam perkahwinan. Pada saya, perkahwinan kami dirahmati dan saya akan teruskan perjalanan ini walau apa jua dugaan,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah tiada siapa yang yang mampu menjaga dan menyayangi Diana sepertinya, Farid mengiyakan soalan tersebut.
Difahamkan, dalam sebutan pertama pagi tadi, Farid enggan melepaskan isterinya dan pasangan itu diperintah melantik wakil Jawatankasa Pendamai (JKP).
SUMBER: Astro Gempak
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]