Hartanah

13 ditahan bertumbuk dalam kedai

[ad_1]

KLUANG – `Perang mulut’ punca insiden pergaduhan dua kumpulan dalam kejadian di sebuah kedai mamak di bandar ini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.45 malam dan polis membuat tangkapan ke atas 13 lelaki masing-masing berusia 17 hingga 54 tahun selepas menerima laporan.

“Mereka diberkas kira-kira pukul 11.15 malam di tiga lokasi berasingan di daerah ini. Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perang mulut antara dua daripada mereka sejak dua hari lalu sebelum saling mencabar untuk datang ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bahrin berkata, semakan mendapati lima daripada tahanan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah dan semua suspek direman selama empat hari sehingga 12 Januari untuk membantu siasatan Seksyen 147 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *