Hartanah

361° sasar buka lima cawangan di Malaysia

[ad_1]

KLANG – Peneraju global pakaian sukan berprestasi tinggi, 361° menyasarkan pembukaan lima rangkaian kedai di Malaysia pada tahun ini.

Sasaran realistik jenama terkemuka China itu susulan pelancaran cawangan pertamanya di pusat beli belah AEON Bukit Tinggi di sini, hari ini.

Timbalan Pengurus Besar 361° Sports Malaysia Sdn. Bhd, Jason Khoo berkata, pihaknya komited menyediakan rantaian pakaian sukan inovatif kepada atlet dan peminat kecergasan di rantau Asia Tenggara.

Jelas beliau, budaya bersukan dilihat semakin berkembang pesat di negara ini terutama melibatkan pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan muda.

“Justeru, pembukaan cawangan sulung ini membuktikan permulaan perkembangan strategik jenama kami yang telah berada di lebih 60 negara termasuk Eropah.

“Tahun ini, kami menyasarkan untuk melebarkan lagi sayap dengan membuka tiga hingga lima cawangan di sekitar Lembah Klang,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengurus Besar Jabatan Antarabangsa 361°, Dutch Ouyang.

Tambah Khoo, pusat beli belah itu dipilih kerana lokasinya menjadi tumpuan utama pengunjung meliputi pelbagai bangsa termasuk golongan bekeluarga.

“Cawangan ini menawarkan pelbagai produk terkenal jenama kami termasuk kasut larian canggih, pakaian atletik dan aksesori prestasi. Reka bentuk kedainya juga memberi pengalaman membeli-belah menarik dan imersif,” katanya. – KOSMO! ONLINE


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *