Hartanah

EPL: Leicester City calar ego Tottenham

[ad_1]

LONDON – Pasukan Leicester City berjaya menamatkan badi kekalahan selepas melakar kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi,

Pada aksi tersebut, Spurs selaku tuan rumah membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai Son Heung-min, Richarlison dan Dejan Kulusevski.

Spurs bermula garang apabila melakukan asakan bertali arus ke kubu lawan tetapi beberapa percubaan bahaya berjaya diselamatkan penjaga gol, Jakub Stolarczyk.

Namun, kekebalan Stolarczyk akhirnya bocor apabila Richarlison menjaringkan gol pertama hasil penyudah menarik pada minit ke-33.

Bersambung pada babak kedua, The Foxes yang dikendalikan Ruud van Nistelrooy mempamerkan kualiti sebenar apabila menyamakan kedudukan menerusi ledakan penyerang veteran, Jami Vardy pada minit ke-46.

Gol tersebut menaikkan semangat pelawat apabila meraih gol kemenangan hasil rembatan Bilal El Khannouss berselang empat minit kemudian.

Spurs berusaha untuk mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-2 kekal sehingga wisel penamat.

Sementara itu, satu lagi aksi EPL sebentar tadi menyaksikan Brentford berjaya menewaskan Crystal Palace 2-1 di Stadium Selhurst Park. – AGENSI


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *