Hartanah

Wanita maut diserang kumpulan anjing liar

[ad_1]

KUNAK – Seorang wanita warga emas maut diserang sekumpulan anjing liar yang berkeliaran di Terminal Bas Kunak pada Sabtu lalu.

Mangsa berusia lingkungan 60-an berkenaan dipercayai diserang kira-kira 11 ekor anjing berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dalam kejadian pukul 1.49 pagi itu.

Berdasarkan CCTV yang tular di aplikasi WhatsApp, mangsa kelihatan dikerumuni sekumpulan anjing sebelum haiwan berkenaan menyerangnya.

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon kira-kira pukul 6.30 pagi hari yang sama daripada orang awam memaklumkan kejadian berkenaan.

“Maklumat diperolehi menyatakan terdapat penemuan satu mayat wanita di kawasan terminal bas.

“Siasatan awal oleh pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak memang mendapati satu mayat wanita dalam keadaan terbaring dan tidak berpakaian.

“Terdapat kesan luka dipercayai kesan gigitan anjing liar di bahagian tangan kiri, kepala, dada kanan, kedua-dua bahagian pinggang dan kedua-dua kaki mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selain itu, beliau turut berkata, terdapat barang kepunyaan mangsa berselerak di sekitar lokasi kejadian.

“Hasil semakan CCTV mendapati mangsa diserang sekumpulan anjing kira-kira 11 ekor sehingga mangsa meninggal dunia pada pukul 1.49 pagi, Sabtu lalu. Pemeriksaan lanjut mangsa dikatakan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dipercayai bukan berasal dari Kunak.

“Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Tawau hari ini. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – KOSMO! ONLINE


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *