[ad_1]
MENITI dunia kemasyhuran selaku figura sukan tempur, jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mengambil pendekatan kekal merendah diri selain tidak mahu dibuai dengan dunia glamor.
Menjadi kegilaan sebahagian besar peminat wanita dek kerana ketampanan dimiliki selain berbakat dalam sukan seni mempertahankan diri itu, dia menganggap ia sebagai sokongan dan menghargainya.
Johan yang lebih mesra dikenali dengan panggilan Jojo berkata, dia tidak hanyut dengan dunia glamor, sebaliknya menjadikan keadaan itu sebagai pembakar semangat untuk terus maju dalam sukan tersebut.
“Jojo masih sama seperti dahulu, tidak hanyut dengan dunia glamour. Sesiapa sahaja sama ada yang memberi sokongan atau mengkritik, Jojo jadikan ia sebagai pembakar semangat yang mencetuskan motivasi.
“Sama ada netizen suka ataupun tidak, Jojo tetap akan masuk dan berlawan dalam dalam gelanggang seperti biasa. Tidak kira menang ataupun kalah, Jojo akan terus meningkatkan kemahiran,” katanya.
Hasrat Johan untuk mencalarkan rekod sempurna petarung Colombia, Johan Estupinan tidak kesampaian apabila tewas dalam pertarungan ONE Championship di Impact Arena, Bangkok, Thailand pada Jumaat lalu.
Petarung berusia 19 tahun itu juga memberi gambaran untuk bertarung dalam masa terdekat, namun belum pasti sama ada ia sempat dilakukan atau tidak sebelum menjelma bulan Ramadan.
“Kepala pun masih koyak dan ada jahitan lagi, jadi mungkin rehat seminggu atau dua minggu sebelum kembali menjalani latihan. Saya tidak mahu tergesa-gesa kerana nak fokus Ramadan dahulu.
“Kalau sempat sebelum Ramadan, memang nak masuk satu pertarungan. Apabila sudah ada perancangan untuk pertarungan seterusnya, saya akan kembali ke Thailand untuk berlatih,” ujar Johan.
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]