Pelaburan

Suami Tampar Isteri Di Pusat Beli Belah Terakam Dalam ‘Live’ Media Sosial, Kini Ditahan Polis

[ad_1]

Lelaki yang bertindak menampar isterinya di pusat membeli belah di sekitar Kota Warisan telah ditahan oleh pihak polis hari ini.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 50an itu telah ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan sekitar jam 10 pagi tadi.

tangan digari ditahan polis

Gambar hiasan

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Suspek yang ditahan akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah tahanan reman.

Sebelum ini tular video yang memaparkan lelaki berkenaan memegang seorang kanak-kanak berjalan menghampiri wanita terbabit sebelum menamparnya di depan orang awam.

video live suami tampar isteri di mall

5 days ago

Suami Baran Tampar Isteri Di Tempat Awam Terakam Dalam ‘Live’ Media Sosial, Kini Diburu Pihak Polis

 


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *