Pelaburan

Kontrak sewa helikopter: Ada ‘orang’ cuba kaut keuntungan

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Pembangkang meluahkan kebimbangannya terhadap penyewaan 28 helikopter oleh kerajaan menerusi kontrak bernilai RM16.6 bilion akan mengulangi skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang pernah menggemparkan negara sebelum ini.

Ketuanya, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa wujud skandal baharu melibatkan penyewaan helikopter jenis AW139.

Tanpa menyebutkan nama, menurut beliau, terdapat individu sedang mengaut keuntungan melalui kontrak penyewaan tersebut, oleh kerana itu kerajaan diharap memastikan isu berkaitan LCS tidak berulang sekali lagi.

“Kos sewaan RM16.6 bilion untuk 28 helikopter AW139 ini sebenarnya jauh lebih tinggi berbanding jika dibeli terus daripada syarikat pengeluar yang dianggarkan berjumlah RM3.954 bilion.

“Poland beli helikopter yang sama AW139 sebanyak 32 buah siap dengan pakej pasang dalam negara mereka sendiri. Ia baru berjumlah AS$2 bilion tapi mengapa kos sewaan kita sampai RM16.6 bilion? Filipina beli 32 helikopter S70 Black Hawk pun baru AS$600 juta,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Tersahulu, media melaporkan, sebanyak 28 helikopter akan disewa kerajaan menerusi kontrak bernilai RM16 bilion bagi tempoh 15 tahun.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi ucapan penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 minggu lalu berkata, pajakan helikopter-helikopter itu dibuat untuk beberapa agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Menurut beliau, perolehan aset itu dibuat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Jabatan Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Perikatan Nasional (PN) semasa mentadbir kerajaan sudah menolak idea sewaan helikopter kerana mendapati pembelian terus lebih murah berdasarkan kajian terperinci yang dilakukan.

Jelasnya, kerajaan perlu menilai dari faktor, persamaan, harga dan kualiti tempur dalam melaksanakan perolehan sesuatu aset ketenteraan.

“Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun mengoperasikan 12 helikopter EC725 yang terbukti lasak, canggih, dilengkapi spesifikasi tempur dan lebih besar daripada AW139.

“Sepatutnya helikopter inilah yang menjadi pertimbangan kerajaan kerana penggunaan satu jenis helikopter menjimatkan kos penyelenggaraan. Malah EC725 sudah ada simulator penerbangan lengkap dalam negara,” katanya.

Tambahnya, pada Ogos lalu Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) sudah menerima kontrak bernilai RM378 juta untuk menyelenggara 12 buah EC725 untuk lima tahun dan dianggarkan kos penyelenggaran untuk sebuah helikopter tersebut adalah RM6.3 juta setahun.

“Jika telus, kerajaan sendiri perlu minta PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) siasat skandal sewaan helikopter ini kerana jika tidak rakyat akan kata you scratch my back i scratch you (kau tolong aku, aku tolong kau),” jelasnya. – UTUSAN


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *