Pelaburan

Tempat Terakhir Beri CPR Arwah Anak, Zaquan Nak Jual Meja Snuker

[ad_1]

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha berkongsikan mahu menjual meja snuker yang menjadi saksi usaha menyelamatkan anak bongsunya, Allahyarham Muhammad Aisy Al Raees.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Zaquan berkata di atas meja itu dia dan isterinya, Ayu Raudhah meletakkan anak mereka untuk memberikan bantuan kecemasan CPR.

BACA: “Beruntungnya Ayu & Zaquan, 4 Orang Anak Syurga Dah Menanti Di Sana”

“Saya nak jual meja ini sebab di atas inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara menunggu ambulans sampai,” katanya.

Menurutnya lagi, dia mahu menjual meja snuker tersebut kerana membuatkan dia teringat detik cemas untuk menyelamatkan anak bongsunya itu.

“Selagi ada meja ini, saya akan sentiasa teringat saat-saat ketika mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Raees. Jika ada yang betul-betul berminat, boleh hubungi saya,” katanya.

Selasa lalu, anak bongsu Ayu dan Zaquan, Muhammad Aisy Al Rees berusia enam bulan meninggal dunia ketika tidur. 



[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *