[ad_1]
Baru-baru ini, perkongsian pelakon Datin Atikah Suhaime menjadi perhatian apabila memuat naik video barangan keperluan bayi yang di beli secara dalam talian.
Menerusi video dikongsikan, Atikah memberitahu barangan yang dibelinya itu adalah untuk persediaan kelahiran anak sulungnya tidak lama lagi.
BACA: “Saya Geli Dengan Bau & Rasa” – Atikah Suhaime Dedah Tak Makan Ayam Sejak Kecil
@atikahsuhaimeeee Things I buy to prepare baby arrival. Apa lagi yg tika lupa? #fyp #babytiktok #pregnantlife #muslinswaddle
Dalam video berkenaan, Atikah turut berkongsikan beberapa barangan keperluan bayi yang dibeli menerusi aplikasi TikTok.
Perkongsian Atikah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji pelakon itu yang tetap berbelanja seperti orang biasa meskipun berkahwin dengan orang kaya.
Malah, ada yang mengatakan Atikah seorang merendah diri apabila hanya menggunakan barangan bayi jenama biasa dan berbelanja secara berhemah.
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]