Pelaburan

Lelaki Tular Jual Daging Salai ‘Online’ Untuk Dana Implan Tempurung Kepala Terima Sumbangan Perdana Menteri

[ad_1]

Seorang lelaki yang tular menjual daging salai untuk mengumpul dana pembedahan memasang implan tempurung kepala baru-baru ini telah mendapat perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut Bernama, Anwar Ibrahim telah menyalurkan sumbangan RM15,000 kepada lelaki bernama Muhammad Sufi Abdul Aziz hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh wakilnya, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) Kedah Zaiton Yahya di rumahnya di Taman Jitra Indah, di Jitra.

Saya harap sumbangan ini dapat mengurangkan beban dipikul Muhammad Sufi dan berdoa agar Allah mempermudah segalanya dan semoga dia cepat sembuh dan kembali normal seperti sedia kala.

lelaki perlu implan tempurung kepala

Lelaki berusia 36 tahun itu sebelum ini terlibat dalam kemalangan pada Disember 2023 ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas berjumpa rakannya.

Katanya, akibat kemalangan itu dia mengalami pendarahan otak yang serius sehingga menyebabkan tempurung kepala kanan terpaksa dibuang.

Apabila sampai di tempat kejadian, saya terbabas sendiri. Kemalangan menyebabkan pendarahan pada otak selain menyebabkan saya strok. Saya koma sebulan dan hanya mampu berjalan semula selepas tiga bulan.

lelaki perlu implan tempurung kepala

Muhammad Sufi mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas keprihatinan beliau dan memberikan sumbangan untuk meringankan kos rawatan yang diperlukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.


2 weeks ago

13 Tahun Tunggu Zuriat, Ibu Bapa Bayi Maut Di Taska Dapat Tajaan Rawatan IVF Tunku Azizah


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *