Pelaburan

“Muar Tak Pakai Baju Melayu Hari Ni?”

[ad_1]

Dewan Rakyat hari ini disambut dengan gelak ketawa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Dalam sidang dewan rakyat pagi tadi, Anwar mengusik Syed Saddiq dengan bertanyakan sama ada hari ini ada memakai baju Melayu atau tidak.

BACA: Bella Tak Boleh Fokus Tengok Syed Saddiq, Netizen Dengar Macam Panggil ‘Baby’

“Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ni pakai baju apa?” usik Anwar.

Usikan tersebut disambut dengan gelak tawa dan Syed Saddiq dilihat tersenyuman lebar. Malah, Dewan Rakyat juga bergelak tawa dan ada yang menyebut nama penyanyi Bella Astillah.

“Saya gurau gurau je,” tambah Anwar selepas itu.

Sejak kebelakangan ini hubungan mesra penyanyi dan pelakon Bella bersama Ahli Parlimen Muar itu sering menjadi perhatian ramai apabila bergandingan untuk mempromosikan satu jenama baju raya.

SUMBER: Kosmo



[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *