[ad_1]
Penyanyi Aina Abdul mengakui terguris hati dengan kecaman netizen susulan persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL 39), baru-baru ini.
Memetik BH Online, Aina berkata dia merasakan netizen seperti tidak menghargai kualiti persembahan yang dilakukannya menerusi lagu Puas Sudah di AJL.
BACA: “AJL39 Paling Banyak Saya Berhabis” – Aina Abdul Bawa Lebih 100 Kru
“Ada sikit merajuk, tapi tidaklah keterlaluan. Saya manusia biasa, rasa macam apa sahaja yang dibuat untuk AJL dengan memberikan persembahan berkualiti tidak dipandang kerana mereka tidak melihat kepada kualiti.
“Saya bercakap bagi pihak saya, bukan orang lain. Saya sedikit berkecil hati bagaimana netizen melayan saya dengan cara ini. Sebab saya hanya ada satu matlamat sahaja. Saya mahu jujur dalam karya dan itu yang saya persembahkan. Bukan saya menunjuk atau ‘show off’,” katanya.
Sementara itu, Aina berkata dia tidak boleh lari daripada tempias negatif yang tak henti-henti dilemparkan kepadanya serta pelu kekal positif
“Mental saya, Alhamdulillah. Saya dapat hadapi semua ini dengan tenang. Sejujurnya, saya tidak keluar rumah selepas AJL 39. Bukan saya lemah, tapi lebih baik luangkan masa bersama kucing-kucing saya.
“Itu lebih penting daripada saya nak membaca komen negatif. Sebab benda negatif ini akan sampai tenaganya walaupun saya cuba elak, ia tetap ada yang datang melaporkan kepada saya.
“Namun, saya faham, semua orang bebas untuk bercakap. Saya mahu kekal ‘grounded’ dan buat kerja saya. Saya ada banyak benda nak buat dan saya beri lebih masa kepada benda negatif, saya takut merajuk sampai bila-bila,” katanya.
Terdahulu, Aina dikecam hebat termasuk buli siber dan ‘face shaming’ selepas persembahan di AJL39. Malah ada yang bersorak gembira apabila dia gagal membawa pulang hadiah utama di AJL 39.
SUMBER: BH Online
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]