Pelaburan

Persiapan Menjelang Ramadan Dilakukan Secara Sederhana, Fazura Mahu Fokus Pada Urusan Ibadah – “Lebih Teruja Untuk Tarawih..”

[ad_1]

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura memaklumkan persiapannya menjelang bulan Ramadan tahun ini hanya dilakukan secara sederhana.

Menurut Kosmo! Online, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, aktivitinya sepanjang bulan Ramadan ini akan dilakukan seperti biasa selain lebih fokus pada urusan ibadah.

fazura

Persediaan bulan puasa tiada apa sangat. Cuma lebih teruja untuk tawarih, Ramadan memang bulan beribadah.

 

Sebenarnya tiada persiapan sangat dan semuanya seperti biasa sahaja. Kalau kerja, saya tak hadkan pun aktviti sepanjang Ramadan, semuanya jalan terus.

 

Dulu ketika hamil sembilan bulan pun tetap jalan sahaja semua, sebab saya memang suka kerja.

fazura

Pelakon itu turut memaklumkan dia lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi mengenai sasaran aktiviti ibadahnya kepada orang ramai.

Saya tak ada fokus apa-apa. Dari segi keagamaan, saya tak selesa sangat nak kongsi tentang ibadah sebab percaya perkara itu adalah urusan kita dengan Allah sahaja.

 

Apa pun, semoga kita semua terus beribadah dan mendapat keredaan Allah.

Kata Fazura, perbezaan Ramadan kali ini mungkin lebih tertumpu kepada anak perempuannya, Fatima yang disifatkan sering ‘melekat’ bersamanya ke setiap acara.

fazura dan fatima

Dia tak kisah walau sampai lewat malam sekali pun, memang akan ikut dan selagi saya ada bersama.

 

Alhamdulillah sekarang dia selalu dengan saya, asalkan dia sihat dan boleh bertahan sampai malam. Paling penting ada mummy.

Sekadar info tambahan, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, berkahwin pada 27 November 2017, namun bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hak penjagaan penuh Fatima pula menjadi milik Fazura sementara Fattah pula mendapat hak melawat dan bermalam.

bella astillah nur fazura berjumpa

1 week ago

“Are You Happy Now?” – Saling Ambil Berat Fazura Dan Bella Astillah, Peminat Doakan Yang Terbaik


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *