Pelaburan

Beego Hantar Bunga Pujuk Linda Hashim, Elak Cerai Kali Ketiga

[ad_1]

Pelakon dan penyanyi Beego menafikan dakwaan dia melakukan keganasan terhadap isteri, Linda Hashim sehingga aktres itu nekad untuk bercerai.

Memetik BH Online, Beego bagaimanapun mengakui ada berlaku insiden kecil dan menyifatkan ia asam garam dalam perkahwinan.

BACA: “Kenapa Nak Cerai? Boleh Tanya Beego Sendiri” – Linda

“Saya pernah beri komen mengenai perkara ini. Saya ingin jelaskan keganasan rumah tangga tidak berlaku. Cuma, kalau ada insiden kecil berlaku, itu perkara biasa,” katanya.

Sementara itu, Beego berkata dia sudah berusaha untuk memenangi hati Linda dengan memujuk serta memberi jambangan bunga demi menyelamatkan rumah tangga.

“Saya sudah cuba selamatkan rumah tangga ini daripada bercerai untuk kali ketiga. Pelbagai usaha sudah saya buat untuk selamatkan rumah tangga. Usaha ini dibuat sejak dia keluar dari rumah kelamin kami… Cuma dia keras (degil) sedikit.

“Antara usaha saya adalah mesej isteri melalui telefon, jumpa emak dan ayahnya, bagi bunga dan hantar bunga dalam kereta,” katanya.

Pada prosiding pagi tadi, mahkamah memutuskan kes permohonan cerai pasangan Beego dan Linda akan diteruskan dengan pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

SUMBER: BH Online



[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *