Pelaburan

Bapa Maut, Anak Lelaki Parah Dirempuh Kereta Ketika Dalam Perjalanan Untuk Berbuka Puasa Di Masjid

[ad_1]

Hajat dua beranak untuk berbuka puasa di masjid tidak kesampaian selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan, petang semalam.

Motosikal yang ditunggang bapa telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipandu lelaki berusia 33 tahun di Jalan Dato Kayaman, Perlis ketika mereka dalam perjalanan ke sebuah masjid di Padang Lari, Beseri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Sarih Salleh berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu penunggang iaitu Rahimi Mat Rejab, 49, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Umar Haziq, 16, mengalami kecederaan parah.

mangsa kemalangan bapa maut anak parah

Katanya, siasatan awal kita mendapati kereta itu dipercayai bergerak dalam kelajuan tinggi sebelum hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

Akibat hentaman kuat, motosikal mangsa terbabas dan melanggar tiang lampu jalan, manakala kereta berkenaan pula terbabas melanggar tembok longkang di arah bertentangan.

kemalangan maut otw masjid

kemalangan maut otw masjid

Kemalangan itu menyebabkan Rahimi yang merupakan veteran komando tentera maut di tempat kejadian dan Umar Haziq dan pemandu kereta itu yang cedera parah kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah(HTF), Kangar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.


3 weeks ago

Bapa Tunggal 3 Anak Maut, Dilanggar Kereta Ketika Bantu Mangsa Kemalangan Di ‘Highway’ Karak-KL


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *