Hartanah

Jernih betul kuah laksa tu, ada yang pernah terkena ke?

[ad_1]

PETALING JAYA – “Kawasan Tuaran (kepada) yang mahu makan laksa Penang. Awas, terbeli laksa kuah jernih macam saya.”

Itu perkongsian seorang peminat laksa Penang yang ‘terkena’ selepas membeli juadah berkenaan di sebuah gerai di bazar Ramadan di Tuaran, namun terkejut kuahnya didapati terlalu cair dan hampir tiada warna.

Menggunakan nama Rosline Kader di media sosial, wanita itu berkata, dia hanya menyedari ‘keadaan’ kuah laksa tersebut selepas membuat bayaran.

“Saya peminat laksa Penang sebab kakak saya selalu masak kuah pekat, terasa isi ikan yang kena kisar dengan bau daun kesum dan bunga kantan. Sedap, tapi yang ni jernih.

“Tau sudah nampak jernih, kenapa beli juga? Begini, lepas bayar baru dia keluarkan kuah tu dari bawah meja dan goncang dan baru nampak jernih. Jadi, tak kan batalkan (beli) juga. Kasihan la penjual tu,” katanya.

Namun begitu, individu berkenaan masih cuba berfikiran positif dan bertanya apakah wujud laksa yang berkuah sejernih itu di luar sana.

“Atau, ada versi kuah laksa Penang jernih (tanda tanya),” soalnya ringkas. – KOSMO! ONLINE


[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *