[ad_1]
Oleh NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) akur diikat Sabah FC, 2-2 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.
Kapten skuad Sang Penyu, Safawi Rasid menyelamatkan maruah tuan rumah apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penjuru yang menewaskan penjaga gol Sabah, Damien Lim pada minit ke-84.
Satu mata diperolehi membolehkan TFC kekal di tangga keempat, empat mata di belakang Sabah manakala Kuching City pula mengekori rapat di tempat kelima dengan perbezaan cuma dua mata.
Terdahulu, pasukan pelawat mendahului menerusi jaringan Stuart Wilkin yang bijak memanfaatkan hantaran jauh Saddil Ramdani pada minit ke-19.
TFC yang tersentak dengan jaringan awal itu akhirnya berjaya menyamai kedudukan enam minit kemudian menerusi tandukan Ismaheel Akinade yang menerima umpanan jauh Muhammad Akhyar Abdul Rashid.
Dua minit sebelum separuh masa pertama tamat, Sabah FC sekali lagi mendapat tonik terbaik dengan tandukan Saddil berjaya menghukum kelalaian pertahanan tuan rumah.
Bersambung babak kedua, peluang terbaik buat Sabah untuk menjaringkan gol ketiga hadir pada minit ke-58 namun disiakan Darren Lok selepas rembatannya sekadar tersasar di tepi gawang. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]