[ad_1]
KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar Kolej Universiti TATI (UCTATI) maut selepas motosikal dinaikinya hilang kawalan lalu terbabas merempuh tiang elektrik di Jalan Atas Tol di sini hari ini.
Dalam kemalangan pada pukul 7.55 malam itu, mangsa, Amirul Iman Mohd. Zulkifly, 19, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa angggota badan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, sewaktu kejadian, remaja lelaki tersebut dikatakan dalam perjalanan ke Gelugor Kedai dari Chendering di sini.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan.
“Ia menyebabkan motosikal tersebut terbabas lalu melanggar tiang elektrik di tepi jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Beliau berkata, mayat Amirul Iman telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
[ad_2]
Source
[html_block id=”13611″]