Pelaburan

“Saya Tak Marah Dihina, Hanya Senyum & Ucap Alhamdulillah”

[ad_1]

Susulan isu kontroversi terpalit suaminya, Azad Jasmin, pelakon Eira Syazira berkata dia dan anak-anak turut terkena tempias apabila agama dihina.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Eira berkata bagaiamanapun dia hanya membalas dengan emoji hati serta tidak melanting kerana yakin dia tidak bersalah.

BACA: “Saya Juga Berdarah India” – Pak Azad Minta Maaf, Akui Kesilapan

“Saya dan anak-anak juga terpalit, agama kami dihina namun saya hanya balas dengan emoji hati. Saya tak marah mereka sebab saya tak bersalah, hanya senyum dan ucap Alhamdulillah, semuanya tenang sahaja,” katanya.

Sementara itu, Eira memaklumkan suaminya dalam keadaan baik-baik sahaja serta tidak berduka dalam tempoh yang lama dan percaya bahawa Allah itu ada.

“Jangan risau, Pak Azad baik-baik sahaja. Kalian semua doakan sahaja. Saya minta dia sabar, tenang dan responnya hanya diam. Jangan lama-lama berduka lara sebab ada Allah.

“Tak mengapa, lagi orang caci maki dan hina, lebih banyak barakah yang dapat pada bulan Ramadan ini. Orang terpilih sahaja yang Allah uji untuk menghadapi dugaan sebegini,” katanya.

Semalam, enam individu termasuk tiga penyampai radio swasta hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini berhubung dakwaan mempersenda upacara agama lain. Malah, Astro Audio mengantung tugas tiga penyampai berkenaan sehingga siasatan dalam selesai.

SUMBER: HibGlam



[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *