Pelaburan

Fasha Sandha Sebak Anak Nora Danish Masih Anggapnya Seperti Ibu

[ad_1]

Pelakon Fasha Sandha meluahkan rasa sebak apabila anak kepada Nora Danish iaitu Putra Rayqal masih menganggapnya seperti ibunya sendiri.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fasha berkongsikan momen berkumpul di rumah bekas keluarga mentuanya dan Rayqal tetap menyantuninya sama seperti dulu.

BACA: Fasha Sandha Terharu Anak Nora Masih Anggap Dirinya Ibu Tiri

“Mood tersentuh sebab Rayqal masih anggap auntyibu sebagai mommy dia,” tulisnya.

Sementara itu, Fasha turut sebak melihat anak-anak semua kini semakin dewasa serta mereka diajar untuk hidup harmoni, malah mereka tidak tahu mengenai masalah yang berlaku antara ibu bapa.

“Nangis… sebak…Anak-anak kami dah besar. Syukur walau pernah juga melalui pengalaman merajuk-merajuk manja sesama kami awal-awal dulu, biasalah kita semua manusia biasa yang tak lari dari kesilapan kan.

“Tapi satu perkara yang pasti, anak-anak kami semua diajar untuk harmoni, dan berkasih sayang. Mereka tak pernah tahu tentang masalah atau apa-apa, sebab pada mereka, kami adalah keluarga,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fasha turut menitipkan pesanan agar tidak menjadikan masalah keluarga atau perceraian untuk memutuskan silaturahim dengan keluarga sebaliknya memberi lebih kasih sayang kasih sayang kepada mereka.

“Jangan jadikan broken marriage sebagai sebab untuk memutuskan silaturahim sesama anak, atau anak dengan ayah atau apapun…bagi kasih sayang yang lebih untuk mereka,” tulisnya.



[ad_2]

Source

[html_block id=”13611″]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *